Posts

Showing posts from June, 2019

Pengalaman Terindah

Assalamualaikum dan salam sejahtera Masih lagi dengan cerita raya saya, saya akan sambung pengalaman bermakna saya raya di perantauan bersama kawan dan keluarga dia. Hari ahad, raya kelima hari terakhir saya di rumah Shakinah sebab isnin dah start paper. Alhamdulillah selepas berkemas-kemas tengahari jam 12 pm kami gerak ke bandar Klang. Masa ni mak, dan adik-adik Kina ikut sekali nak hantar saya balik la katakan hehe. Nak hantar terus ke UKM tu memang jauh sangtlah tambah-tambah jalan raya sesak masa tu, jadi saya hanya mintak pak cik Sabri hantarkan saya ke stesen KTM Klang. Alhamdulillah pak cik Sabri tak keberatan malah dia turut rasa risau sebab takut saya balik sendiri ke UKM. Nasib baik saya pandai nak yakinkan mereka semua memang selamat balik dengan naik pengankutan awam ni. Orang pun ramai so memang takda apalah nak dirisaukan. Setiba je di stesen ktm Klang, saya terus topup kad ktm saya. Lepas tu saya salam mak kina, kina, dan adik-adik dia. Tak lupa juga ucap ...

Raya kat Klang

Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya akan sambung lagi untuk entri lepas mengenai cerita raya saya tahun ni. Sesudah sesi beraya untuk raya kedua tu, kami bergegas balik ke rumah mak Anjang dalam jam 11 malam macam tu sebab esok pagi dah kena sampai Klang untuk pulangkan van tu. Sedihlah jugak malam tu sebab dah kena tinggalkan mak anjang dan pak anjang tuan rumah yang sangat baik dan memuliakan tetamu mereka. Dalam sekitar jam 12.30 am kami dah memulakan perjalanan pulang ke Klang. Sebelum tu doa naik kenderaan, doa memohon keselamatan dibaca terlebih dahulu. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Tanjung Malim dulu untuk menghantar Aini ke UPSI. Rasa sangat sedih sebab dah berpisah padahal baru je berpuasa dan sambut raya bersama-sama hmm. Lepas hantar Aini kami meneruskan perjalanan sehinggalah ke Teluk Panglima Garang.   Kami tiba di rumah dalam jam 7 pagi, semua orang memang sangat letih masa tu, apa lagi kami qada’la tidur sebab badan letih sangat. Aini d...

Raya kedua di Lenggong

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Haii hari ini saya akan kongsikan pengalaman raya kedua saya di Lenggong, Perak seronok dapat melawat galeri arkeologi ni di hari raya hehehe Awal-awal pagi lagi kami semua dah bangun untuk bersiap-siap mandi, sebab pak cik Sabri cakap hari ini nak sambung beraya lagi ke rumah saudara mara yang lain, gila la punya ramai saudara mara kat kampung sehari beraya tak cukup lagi nak ziarah semua. Hari itu kami memang rushing sedikit sebab malam nanti nak balik Klang dah, nak pulang van tu pulak kepada pemiliknya sebab orang lain pulak nak sewa. Kami gerak jam 11 a.m awal sikit berbanding kelmarin tapi kami tak terus beraya tau, kami singgah ke muzium nama tempat tu galeri arkeologi lembah Lenggong. Best sangat tempat ni, memang betul-betul tempat bersejarah semua sejarah-sejarah dahulu zaman paleolitik, neolitik dan logam ada kat dalam ni. Sempatlah nak tangkap gambar dengan bahan-bahan tinggalan sejarah sebagai kenangan. Sangat ber...

Raya pertama di Lenggong

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera              seronok beraya kat kampung walaupun lari tema haha ;) Okay, hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya beraya di kampung kawan saya Shakinah. Alhamdulillah, raya pertama dalam jam 12 tengahari macam tu kami bersiap-siap dari rumah mak Anjang untuk menziarahi rumah saudara mara yang lain. Rumah pertama yang kami ziarahi saya tak pasti sangat yang pasti rumah tu rumah keluarga pak cik Sabri. Mereka layan kami dengan sungguh mesra pelbagai kuih muih dihidangkan malahan ketupat, lemang rendang juga ada. Pertama kali makan makanan melayu semasa raya ni, kat sabah kan takda lemang ketupat bagai ni yang adapun burasak   je hehe. Nikmat sangat makanan yang dihidangkan makan sambil bergelak ketawa, bergurau senda memang best haha. Rumah berganti rumah, masuk rumah kedua ketiga dan seterusnya sama juga hidangan utama tak lain tak bukan lemang, dan rendang. Raya pertama mereka ...

Last day kat UPSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan sambung lagi kisah percutian saya ke UPSI untuk berjumpa kawan kat sana dan ke rumah kawan kat Klang pulak untuk sambut raya. Hari isnin tu adalah hari kelima saya berada di UPSI dan petang tu saya dan aini akan gerak ke Klang ke rumah kawan kami, Shakinah. Kina ni kawan kat Sabah jugak kawan satu sekolah mak dia orang Sabah dan ayah dia orang Perak. Tapi dorang dah menetap kat sini. Kina dia baik, dia dah kerja dia sendiri yang tak nak sambung belajar, katanya ada rezeki nanti dia akan sambung jugak. Kina bila dia tau ja saya da Aini tak balik Sabah dan beraya kat kolej je tahun ni dia pelawa kami balik rumah dia beraya bersama-sama dengan keluarga dia. Mula-mula seganlah jugak tapi memandangkan dah memang rapat dengan dia mak ayah dia pun dah kenal dah, kat sabah dulu memang selalu jugak datang rumah dia so kami terima je pelawaan tu, excited jugak dapat beraya dengan dorang. Alhamdulillah petang isnin tu dalam jam ...

UPSI day 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan kongsikan pulak pengalaman yang saya tidak dapat lupakan semasa bulan Ramadan ni. Hari keempat saya berada kat UPSI, kawan saya Aini ni ajak jalan ke   KL dia kata dia nak beli baju raya lagipun dia tak pernah lagi pergi KL. Memandangkan saya jenis yang suka berjalan jugak dengan kawan-kawan kat UKM tu so memang tahu la dan biasa pergi ke KL tu naik public transport je. Lagipun niat nak ajak Aini ni jalan untuk ajar dia cara nak guna pengangkutan awam sebab dia ni jarang keluar dari UPSI selalu terperap kat bilik je, incase suatu hari nanti dia nak lawat saya kat UKM ke boleh lah dia naik public transport je mudah dan cepat lagi selamat hehe. Kami gerak lambat sikit dari UPSI sebab lambat bangun inilah kesannya sambung tidur semula lepas subuh. Plan nak gerak pagi tapi hmm terpaksa gerak jam 12 tengahari. Tunggu train bukan main lama pulak,   geram jugakla. Dalam train syukur Alhamdulillah lega sikit tapi tul...

UPSI day 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hai hari ini saya akan kongsikan lagi pengalaman hari ketiga saya berada kat UPSI Hari ketiga ni rasa sedih sikit sebab kawan saya ni dia nak balik johor tempat kakak dia, nak beraya kat sana. Tapi sebelum tu dia hantar saya ke rumah kawan lagi seorang kolej ungku omar jauh jugakla jalan kaki dari KAB ke KUO. Kawan yang seorang ni nak balik Johor dah train pulak awal pagi, start hari ketiga ni saya dah stay dengan kawan sorang lagi ni nama dia Aini. Aini baik orangnya tapi tak rapat sangat masa form 6 dulu, saya rapat dengan Haisah kawan yang tadi tu hehe tapi tula tak dapat nak beraya bersama dia kena balik Johor pulak. Kali ini saya akan cerita pulak pengalaman 2 hari tidur kat bilik Aini. Hari pertama tu Aini bawak saya pergi ke pasar malam kat pekan tanjung malim tu untuk membeli juadah berbuka puasa nanti. Kebetulan hari tu adalah hari sabtu, pasar malam tu hanya ada pada hari sabtu. Jam 5 begitu kami tunggu bas untuk ke kampus lam...

UPSI day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera Haii sebenarnya entri pasal upsi hari tu tak habis lagi tau hahah..saya nak sambung lagi harini boleh kan? Hari kedua kat UPSI kawan saya ajak saya jalan-jalan pergi melawat sekitar UPSI,   rasa gembira bukan kepalang excited wehh hahaha. Upsi ni sebenarnya ada dua kampus, kampus lama dan kampus baru. Yang kolej-kolej semua ni terletak kat kampus baru, kampus lama tu semua ada fakulti je, library dan bangunan pentadbiran. Kawan saya ni best gila, dia bawak saya pergi taman, belakang taman tu ada tasik pulak. Kami jadi kanak-kanak riang buat seketika melayan perasaan bermain buaian seperti taman tu kami yang punya hahhah. Lepas kat taman tu kami terus menaiki bas dari kampus baru ke kampus lama, kat sana kawan saya tunjuk macam-macam fakulti kat saya malah kami sempat juga melawat ke perpustakaan mereka iaitu perpustakaan Tuanku Bainun   . Library dia tak besar sangat jauh beza kalau dibandingkan dengan PTSL heheh. Tapi libr...

UPSI day 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera Hai semua, apa khabar?.. Hari ini saya akan kongsikan mengenai kisah lawatan saya ke UPSI. Entri yang lepas kalau tak silap saya ada bagi tips kan cara nak pergi Tanjung Malim, Perak menggunakan pengangkutan awam.   Okay sebenarnya, saya pergi UPSI pun atas dasar suka-suka je nak lawat kawan la katakana. Saya ada dua orang kawan yang belajar kat UPSI, disebabkan kuliah minggu ke 14 yang lalu habis awal pada hari khamis tu dan kolej pun dah start lengang maklumlah semua orang rushing nak balik kampong raya katakan so saya balik UPSI la petang tu nak jumpa kawan-kawan kat sana. Sorang-sorang kat bilik buat apa kan, nanti jad gila pulak haha..Oppsss lupa nak bagitau raya kalini saya tak balik Sabah tau, sedih sangat-sangat ini adalah pengalaman kali pertama beraya di perantauan ;(. Sebab tak balik tu mesti semua orang dah tahu kan? Yelaa tiket nak balik Sabah musim-musim raya ni bukan main lagi harga dia dekat 1k tau tak? Tu baru balik Saba...

Tanjung Malim

Assalamualaikum dan salam sejahtera hai hari ini saya akan kongsikan sedikit tips ataupun cara nak pergi Tanjung Malim Perak dengan menggunakan public transport. Kot-kot teringin nak lawat kawan ke saudara mara ke kat Upsi kan blelah guna cara ni. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pergi melawat kawan saya kat UPSI, Tanjung Malim. Okay, pertama sekali sebenarnya banyak cara tau kalau nak pergi Tanjung Malim ni samaada nak pergi KL Sentral dulu atau terus je naik MRT Kajang. Kalau macam saya, saya malas nak tunggu ktm nak pergi kl sentral agak membuang masa. Jadi saya ambik keputusan terus naik MRT Kajang. Dari ukm saya hanya naik bas MRT RM 1 tu hingga ke stesen MRT Kajang. Sampai je stesen MRT Kajang saya naik MRT terus sehinggalah ke stesen terakhir iaitu Sungai Buloh. Ingat tau jangan turun stesen mana-mana, turun kat Sungai Buloh je stesen paling last. Okay dah sampai Sg Buloh, awak akan jalan sikit ke depan lepastu akan nampak stesen KTM Sg Buloh. So kat san...

KAWAN BAIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera hari ini saya akan kongsikan kisah tiga orang kawan baik saya iaitu Marhainnie, Haisah dan Sazlina. okay, mereka bertiga ni sebenarnya  saya kenal masa sekolah menengah dulu. Marhainnie saya kenal sejak tingkatan 1 lagi, Haisah dan Sazlina pulak kenal masa tingkatan 4. Alhamdulillah hubungan kami berkekalan sampai masuk tingkatan 6 dan sehingga kini walaupun universiti berlainan. mereka ini adalah kawan yang sangat memahami, sentiasa ada di kala susah dan senang dan yang paling penting mereka ini jugaklah geng-geng study group saya. Bergaul dengan mereka memang seronok sebab mereka akan sebarkan semangat-semangat rajin itu kepada kawan-kawan yang malas macam saya ni haha. jadi kalau bersama mereka memang dilarang malaslah, mereka akan sentiasa ajak untuk study group berbincang bersama dan kadang sampai bermalam di rumah Marhainnie. Memang seronok sangat kalau diingat kembali, apatah lagi pada zaman form 6 memang banyak kenangan bersama mer...

My bestfriend

Assalamualaikum dan salam sejahtera Haii hari ini saya akan kongsikan sedikit mengenai sahabat baik saya. Nama sahabat baik saya Lailah binti Unus, orangnya tinggi sederhana, manis dan bertudung labuh. Lailah kawan baik saya sejak sekolah rendah lagi sampai lah sekarang. Cuma bezanya kami tak satu universiti sekarang dia masuk UMS kampus Labuan dan saya pulak di UKM sungguh jauh terpisah ;( Lailah baik orangnya, lembut je, sopan santun, hormat orang tua, sentiasa tersenyum dan suka menolong orang. Saya suka sangat berkawan dengan dia, rasa macam selamat je berkawan dengan dia, dahlah tinggi ilmu agama dia ajar saya banyak benda. Terima kasih Lailah.. keluarga dia memang keluarga warak yang mementingkan agama semuanya. Selalu jugak berkunjung ke rumahnya jika ada apa-apa perkara penting nak dibuat hehe. Alhamdulillah ibu bapa dia dan ibu bapa saya juga berkawan baik dan memang saling berkenalan antara satu sama lain sejak menetap di Kunak dahulu. Kenal dengan Lailah masa sekola...

SABAHAN GIRLS

Assalamualaikum dan salam sejahtera hari ini saya akan kongsikan sedikit cerita mengenai kawan-kawan saya yang juga senegeri dengan saya dan yang seronoknya satu kos dan satu kolej pulak. memang best gilalah, syukur alhamdulillah dapat kenal mereka semua ni. kawan-kawan yang saya maksudkan tu ialah Echa, Fitri dan Nana. Mereka semua ni sama macam saya berasal dari Sabah dan alhamdulillah berpeluang sambung belajar di UKM. Echa dan Fitri sebaya saya 21 tahun batch 98 lepasan STPM, Nana pulak dia muda setahun dari kami sebab dia pelajar matrik. Tapi usia tu tidak penting, yang penting sekali adalah keserasian kami, dan hubungan kami macam adik beradik hehe. eh lupa pulak nak cerita mereka ni berasal dari daerah mana, fitri dia berasal dari Papar, Echa pulak Tawau dan Nana dari Beaufort dan saya dari Semporna. Semua berasal dari negeri berbeza-beza tapi kami tetap di bawah negeri yang sama iaitu Sabah. rasa bersykur sangat dapat kenal mereka bertiga ni. mereka ni kawan-kawan yang ...

Roommate saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera okay hari ini saya akan kongsikan sedikit cerita mengenai roommate saya semasa first year ni. Alhamdulillah dapat masuk Kolej Ungku Omar, dapat bilik duble pulak dan dapat rommate yang baik hati syukur sangat. Rumet saya ni nama diberi Nurul Syiffa, cantik orangnya, putih melepak, berasal dari Pahang, baik orangnya tak sombong ambik kos Fizik. Dan satu lagi dia muda setahun dari saya batch 99 maklumlah kan budak matrik hehe.. sebenarnya sebelum masuk ukm lagi dah memang kenal dengan dia ni kenal kat group telegram masa orang semua tengah sibuk-sibuk cari rumet masing-masing haha. Masa tu kan dah tau dah no bilik so semua orang memang kalutlah cari rumet masing-masing hahaha. Kami terus je private chat bila dah tau dah kami ni sebilik, memang borak macam-macamlah masa tu macam kenal dah lama pulak. masa hari mendaftar masuk ukm tu, saya sampai dulu dari dia. Dia sampai tengahari macam tu bersama family dia. memang jeles jugakla tengok dia sat...

Program Demam Final

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera okay hari ini saya akan kongsikan program kedua yang sertai kat kolej ni hehe. Macam biasa program ni under sekretariat kerohanian dengan kerjasama kelab iqra'. saya nak cerita sikit apa sebenarnya maksud demam final ni? mesti korang pun tertanya-tanya kan? okayy,, program ni sebenarnya adalah pogram santai dengan mendengar perkongsian daripada peceramah jemputan bagi memberikan tips-tips kepada para pelajar KUO khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan akhir tak lama lagi. Penceramah ini akan berkongsi tips-tips belajar dengan berkesan, cara mengawal tekanan dan banyak lagi tips yang sepatutnya semua pelajar kena tahu. sesi soal jawab dengan penceramah pun turut diadakan, so mana-mana pelajar yang musykil dan soalan tu masa ni la mereka boleh suarakan. alhamdulillah untuk program kali ini saya jadi ajk pendaftaran hehe. Kerja senang je, cuma nak buat kolum list name untuk pelajar yang nak mendaftar nanti pastu tunggu je la kat meja pend...

Program 2ForOmarian

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Haii, hari ini saya akan kongsikan program pertama yang saya sertai di kolej saya Ungku Omar masa tahun 1 ni. Program ni bawah Sekretariat Kerohanian dan nama program ni ialah 2forOmarian. okeyy, nak tahu tak apa maksud 2foromarian tu? mehh saya cerita sikit.. Sebenarnya program 2forOmarian ni program tahunan sekretariat jugakla, mereka akan buat tiap tahun. Dimana semasa program ni akan diadakan jualan makanan berlauk dan air sirap dengan serendah RM 2 ringgit sahaja. Haaa murah kan?! Tujuan program ni memang nak bantu student pun yang kurang berkemampuan dan yang nak berjimat di samping nak bersedekah dan berbuat amal kebajikan kepada para pelajar KUO.  Nak cerita pasal program ni, best sangat tau. Saya sebagai ajk jamuan dengan kawan-kawan yang lain memang busy gilalah masa hari kejadian. Malam sebelum program tu kami memang dah sibuk prepare apa yang patut kat bilik masakan. Kami dah mula potong dan basuh ayam. Malam tu jugak k...

Ramadan Kareem

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan buat sedikit perkongsian mengenai bulan Ramadan tahun ini 1440 hijrah. Alhamdulillah pada Ramadan pertama saya dan kawan-kawan berpeluang pergi ke bazaar ukm yang terletak di belakang panggung seni. Banyak juga juadah yang dijual di sana, setelah hampir   setengah jam berpusig-pusing akhirnya kami dapat makanan yang kami inginkan.   Tepat jam 7.22 pm azan maghrib berkumandang kami semua pun sedia berbuka dengan makanan yang kami beli. Nikmat makanan itu amat terasa setelah berpuasa seharian hehe. Paling penting air sejuk berperisa menjadi santapan utama. Setelah berbuka kami bersiap sedia untuk solat terawih pada malam hari. Bagi Ramadan kedua dan seterusnya kami hanya membeli makanan untuk berbuka dari kafe kolej. Alhamdulillah murah pun murah kenyang pun kenyang jugak. Berjimat tu perlu hehe. Dan syukur sangat-sangat sepanjang bulan Ramadan ni ramai sangat orang bersedekah bagi makanan free untuk berbuka dan sa...

Ihya' Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan kongsikan pengalaman pertama saya menyambut Ramadan di perantauan. Tahun ni first time sambut Ramadan bukan dengan keluarga. Tapi syukur Alhamdulillah sebab masih berpeluang menyambut Ramadan tahun. Ramadan adalah bulan mulia yang kita tunggu-tunggu kedatangannya. Tahun ni rasa excited tu lain sikit walaupun   tak bersama keluarga tapi aura-aura keindahan bulan Ramadan itu tetap ada. Puasa, terawih, sahur rasa tidak sabra nak rasai. Alhamdulillah tahun ni juga saya berpeluang menjadi ajk untuk program Ihya’ Ramadan anjuran Sekretariat Kerohanian dan juga Kelab Iqra’. Rasa sangat seronok sebab dapat   handle program dapat banyak pengalaman dan kenalan pun turut bertambah. Jadual dibuat bagi membahagi-bahagikan tugas ajk. Antara tugas yang perlu kami buat ialah mengagihkan kupon untuk berbuka puasa kepada yang memerlukan, menyediakan moreh kepada para jemaah selepas terawih, mengadakan iftar perdana serta majlis ...

Dinner PERMIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan kongsikan pengalaman kedua saya menjadi ajk di bawah program PERMIS. Baru-baru ini PERMIS telah menganjurkan program dinner yang juga merupakan program tahunan bagi meraikan mantan-mantan PERMIS yang banyak berjasa kepada PERMIS. Program ini dianjurkan baru-baru ini sahaja semasa Ramadan lepas. Kami sebagai exco-exco baru sesi 19/20 yang baru dilantik   dikehendaki menjadi ajk bagi mengendalikan dan melancarkan program ini. Program yang bermula sejak jam 8 malam itu berakhir pada jam 11.30 malam. Tetamu yang datang adalah pelajar-pelajar Sabah sendiri dan majlis ini turut   dirasmikan oleh penasihat PERMIS iaitu Encik Azlan bin Abas. Saya dan dua orang rakan saya bertugas sebagai pos protokol antara pos yang sangat penting dalam sesuatu majlis. Okey, saya akan ceritakan sedikit bidang tugas pos protolkol ini dalam yang mana mereka sangat penting dari awal sehingga ke hujung majlis mereka perlu memastikan pr...

PERMIS

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan kongsikan mengenai persatuan saya di UKM. Saya menyertai PERMIS iaitu singkatan daripada Persatuan Mahasiswa/I Sabah. Persatuan ini wajib disertai oleh pelajar-pelajar Sabah di UKM untuk lebih menjaga lagi kebajikan mereka serta mengeratkan hubungan silaturrahim bersama. Okay, masa awal-awal masuk tu sebenarnya ada minggu Pengenalan Persatuan Mahasiswa di Pusanika. Pada masa itulah kami diperkenalkan persatuan-persatuan yang terdapat di UKM yang boleh disertai sesiapa sahaja asalkan berminat. Tanpa berlengah saya dan kawan-kawan Sabah saya mendaftar dan menyertai PERMIS dan secara rasminya kami telah menjadi ahli PERMIS setelah mendaftar persatuan tersebut. Aktiviti pertama yang PERMIS buat pada ketka itu ialah Hari Interaksi Permis . Program itu mengumpulkan ahli-ahli baru bersama senior-senior merangkap exco PERMIS. Sukaneka, senamrobik, dan aktiviti makan-makan dibuat pada ketika itu. Sebenarnya aktiviti seperti ...

JOM MASUK UKM

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan kongsikan mengenai UKM. Alhamduillah saya berjaya ditawarkan untuk sambung pengajian di UKM. Rasa gembira sangat dapat masuk UKM. Saya akan kongsikan sedikit pengalaman saya sepanjang berada di UKM. Saya masuk UKM bagi sesi kemasukan 18/19. Alhamdulillah sekarang dah berada dalam sem 2. Masuk je UKM lepas mendaftar dan kemas-kemas barang tu kami terus jalani minggu MMM, iaitu Minggu Mesra Mahasiswa, ia lebih kurang macam orientasi la cuma nama je lain. Empat hari tak silap kami di ajar pelbagai benda oleh Pemudah Cara (PC) yang bertugas sebagai fasilitator sepanjang minggu 3M tersebut. Seronok jugaklah sebab pelbagai aktiviti yang dijalankan suapaya kami lebih selesa dan tidak kekok sepanjang berada di UKM. Paling pentng sekali kami dibawa ke tempat-tempat di UKM seperti fakulti masing-masing, DECTAR, Dewan Gemilang, Pusat Kesihatan, Masjid, dan sebagainya. Rasa sangat gembira pada masa tu, kami di beri tunjuk ajar ...

Kali pertama ke bumi Semenanjung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap semua sihat hendaknya. hari ini saya akan kongi pengalaman dan kenangan manis pahit saya semasa datang ke semenanjung Malaysia. Saya start kat result UPU dulu yaa. Masa dapat je result tu rasa teruja sangat sebab dapat UKM uni pilihan saya. Memang excited lah masa tu. Tapi dalam masa yang sama beberapa hari lepas dapat result tu tiba-tiba rasa takut pun ada sebab akan berjauhan dengan keluarga tambah-tambah lagi saya memang tiada sesiapa di Semenanjung. Sedihh;(. Saya takut tiada tempat bergntung di sana nanti dah lah jauh kena naik flight pula kawan sekolah pun takde yang masuk UKM. Masing-masing masuk uni pilihan mereka eperti UPSI dan UMS. Tapi syukur alhamdulillah ibu bapa saya dan kakak-kakak saya sentiasa sokong saya, ,mereka sentiasa bagi semangat supaya tak takut dan sentiasa kuat. Dugaan belajar memang begitu dorang cakap. Mereka sentiasa yakinkan saya bahawa saya mampu buat. saya belek-belek surat tawaran sambung belajar ke UKM...

UKM di hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan share tentang UKM. Kenapa saya memilih UKM? ada apa kat UKM? dan macam-macam lagi lah tentang UKM. Sejujurya, saya sendiri pun tak sangka dapat tawaran sambung belajar di UKM. Rasa macam tak percaya pun ada. Saya ini orang borneo, duduk kat Sabah jauh merantau ke UKM pula macam pelik je kan haha. Masa isi UPU haritu dah memang susun dah uni pilihan ikut skala minat tu dari nombor satu sehinggalah ke pilihan 12. Masa tu UKM la pilihan 1, sebab kenapa pilih ukm tu nanti saya cerita ya. Alhamdulillah bila keluar result UPU, rasa gembira sangat dapat UKM. Dalam kegembiraan tu rasa takut tiba-tiba pun ada, ye la lepas ni kena merantau ke negeri orang berjauhan dengan family pastu first time pulak nak naik flight huarghhhhh sedihnyaa ;( sebuln sebelum masuk UKM tu memang kalut gila la nak prepare semua benda plus masa tu saya kerja pula so macam agak susah sikit nak urus semua tu. Nasib baik family semua sudi membantu, alhamdulill...

Masjid Putra

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dibawah lindunganNya. okey harini saya nak sahre pengalaman saya pergi ke sesuatu tempat yang sangat-sangat menarik. Saya rasa tempat ni sungguh indah dan sangat nyaman ketika berada di dalamnya. ini dia tempat yang saya maksudkan tu, Masjid Putra, Putrajaya. Kali pertama datang ke masjid ni sungguh jatuh hati melihat keindahannya. Suasana di sini tenang dan aman je, tambah-tambah ramai pengunjung datang untuk beribadah. Minggu lepas, 23 Ramadan yang lalu kak Aishah (kakak usrah) saya ajak saya dan roommate berbuka puasa kat masjid Putra ni. So tanpa berfikir panjang saya dan roommate bersetuju dengan pelawaan tersebut. Dalam 20 minit perjalanan nak drive dari UKM ke masjid Putra ni. Setiba je kat masjid ni, Subhanallah sungguh terpegun dengan keindahannya. Cantik sungguh, luas nyaman dan tenang je. Saya sangat teruja. Kitorang pun masuklah ke dalam masjid, eh lupa nak bagitau sebelum masuk tu kan ...

Cara nak buat google form

Image
Hai assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini saya akan kongsikan sedikit tutorial cara nak buat google form. Google form dalam kalangan student universiti ini amatlah penting khususnya apabila nak buat program. So saya rasa semua orang wajib tahu cara untuk buat google form ni. Simple sahaja semudah ABC! langkah pertama, anda perlu buka akaun gmail anda, setrusnya klik bahagian apps yang ada 9 titik-tiitk hitam tu. Dan klik drive. dia akan keluar macam ni, jadi awak hanya perlu klik my drive kat tepi tu. lepas tu awak hanya perlu klik more dan seterusnya pilij google form yang warna purple tu. bila dah klik google form tu dia akan keluar macam ni tau, jadi awak dah boleh start nak buat google form yang awak inginkan. Dah boleh start nak taip soalan-soalan yang dikehendaki. kalau perasan kat atas tu ada responses kan? haaa nanti google form dah siap, dah share kat orang kita boleh cek kat akaun drive kita dah berapa ramai yang respons hehe. Kat tepi tu kalau p...