KAWAN BAIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ini saya akan kongsikan kisah tiga orang kawan baik saya iaitu Marhainnie, Haisah dan Sazlina.
okay, mereka bertiga ni sebenarnya  saya kenal masa sekolah menengah dulu. Marhainnie saya kenal sejak tingkatan 1 lagi, Haisah dan Sazlina pulak kenal masa tingkatan 4. Alhamdulillah hubungan kami berkekalan sampai masuk tingkatan 6 dan sehingga kini walaupun universiti berlainan.

mereka ini adalah kawan yang sangat memahami, sentiasa ada di kala susah dan senang dan yang paling penting mereka ini jugaklah geng-geng study group saya. Bergaul dengan mereka memang seronok sebab mereka akan sebarkan semangat-semangat rajin itu kepada kawan-kawan yang malas macam saya ni haha. jadi kalau bersama mereka memang dilarang malaslah, mereka akan sentiasa ajak untuk study group berbincang bersama dan kadang sampai bermalam di rumah Marhainnie.

Memang seronok sangat kalau diingat kembali, apatah lagi pada zaman form 6 memang banyak kenangan bersama mereka bertiga. Btw Sazlina je yang tak sekelas dengan kami, kami bertiga ni pulak sekelas dan sama-sama ambil subjek Ekonomi. Kenangan pahit manis sepanjang tingkatan 6 tu tak payah cakaplah haha, hanya kami yang tahu betapa siksanya belajar benda lain tapi keluar exam lain dapat result teruk dan terpaksa repeat paper hahaha. Memang lawak gila bila ingat semula perkara tu. Tapi tula sebab semangat juang yang tinggi tu, alhamdulillah kami diberi kesedaran dan kami memang belajar bersungguh-sungguh sebab masing-masing ada impian nak masuk U dan nak capai cita-cita. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

kawan-kawan saya ni tak lokek ilmu. Kami akan sentiasa belajar dan memberi tunjuk ajar antara satu sama lain. Yang tahu kena ajar yang tak tahu, dan yang tak tahu ni kena rajin bertanya. Mereka bertigalah geng belajar saya, malah jadi geng lepak jugak. Kalau ada masa terluang kami berempat memang sentiasa curi masa untuk keluar bersama makan angin sambil berborak dan bergelak ketawa, berkongsi macam-macam cerita alangkah indahnya masa tu..

tapi sekarang tak macam dulu lagi, masa untuk berjumpa tu dah makin terhad. Kami akan berjumpa dan berkumpul semua  masa cuti sem sahaja itu pun tak sekerap dulu maklumlah dah sibuk dengan hal masing-masing. Saya cuma berharap persahabatan ini kekal selamanya walau apa sekali halangannya.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

UPSI day 1