Makanan Tradisional Semporna
Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hari saya akan kongsi mengenai makanan tradisional suku kaum suluk yang terdapat di Semporna.
1) Tiula itum (sup daging masak hitam)
hari saya akan kongsi mengenai makanan tradisional suku kaum suluk yang terdapat di Semporna.
1) Tiula itum (sup daging masak hitam)
Ini gambar daging lembu masak hitam yang dikenali sebagai 'tiula itum' dalam kalangan orang Suluk. makanan ini sangat popular dan sering menjadi pilihan khususnya pada acara perkahwinan, kenduri kendara, serta lauk harian. Lauk ini sangat sedap dan menjadi kegemaran warga Semporna bukan sahaja orang Suluk. Dua bahan utama yang digunakan dalam memasak sup daging hitam ini ialah kelapa dan daging. kalau diperhatikan makanan ini berwarna hitam kerana kelapa yang digunakan akan dibakar dahulu sehingga menjadi hitam seterusnya akan ditumbuk hancur lalu disapu kepada daging. Rasanya sungguh sedap membuatkan anda tidak pernah rasa puas menghirup kuahnya. Tiba-tiba rindu pula masakan mak dan teringin nak balik kampung sekarang hmmm ;(
2) Putu dan Sianglag
ini juga merupakan makanan legend orang Suluk yang dikenali sebagai putu (kiri) dan sianglag (kanan). kedua-dua makanan ini diperbuat daripada ubi kayu yang telah diproses (dihancurkan dan dimampatkan) kemudian akan di kukus untuk menghasilkan putu. Berbeza pula dengan sianglag, ubi yang telah dihancurkan itu perlu di goreng tanpa minyak dan dicampurkan sedikit kelapa. Makanan ini sangat sesuai dipadankan dengan sup hitam tadi hehe.Mak sangat gemar masak makanan ini, semingggu dia akan masak dalam 3 atau 4 kali. Baginya adalah tidak lengkap makan lauk-lauk tanpa sianglag/putu.
3) Kilau
Makanan ini adalah antara makanan kegemaran saya. Rasanya tidak lengkap kalau tak buat makanan ini apabila balik kampung. Kilau diperbuat daripada isi ikan (ikan kembong / selayang) yang dipotong keil-kecil kemudian akan diperap bersama limau, cuka, hirisan bawang merah, cili padi serta hirisan buah mangga muda. Ikan tersebut tak perlu di masak kerana ia akan maak denga sendirinya setelah diperap dengan cuka dan limau serta bahan-bahan lain. mungkin ada sesetengah orang tidak gemar dengan makanan ini kerana beranggapan ia mentah. Tapi sebenarnya ia sudah masak dan selamat untuk dimakan setelah dibiarkan dan diperap buat seketika sebelum dihidangkan. Rasanya teramat sedap, saya suka!
4) latok
Ini pula adalah latok ataupun dikenali juga sebagai anggur laut. latok ini merupakan tumbuhan laut yang banyak dijual di pasar Sabah. Tak perlu nak buat apa-apa dia dihidang begitu sahaja tapi perlu dibasuh dahulu sebelum nak makan takut ada pasir-pasir yang melekat kat badan latok tu. Ranya agak masin dan amat sesuai dipadankan dengan sambal-sambal pedas dan di makan bersama putu/sianglag serta ikan bakar.
Rasanya cukup sampai di sini sahaja perkongsian untuk hari ini. Sebenarnya banyak lagi makanan-makanan orang Suluk, In Shaa Allah kalau berkesempatan saya akan sambung semula di part seterusnya. Terima kasih dan byeee!
Comments
Post a Comment