Cara nak buat google form

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ini saya akan kongsikan sedikit tutorial cara nak buat google form. Google form dalam kalangan student universiti ini amatlah penting khususnya apabila nak buat program. So saya rasa semua orang wajib tahu cara untuk buat google form ni. Simple sahaja semudah ABC!


langkah pertama, anda perlu buka akaun gmail anda, setrusnya klik bahagian apps yang ada 9 titik-tiitk hitam tu. Dan klik drive.


dia akan keluar macam ni, jadi awak hanya perlu klik my drive kat tepi tu.


lepas tu awak hanya perlu klik more dan seterusnya pilij google form yang warna purple tu.


bila dah klik google form tu dia akan keluar macam ni tau, jadi awak dah boleh start nak buat google form yang awak inginkan. Dah boleh start nak taip soalan-soalan yang dikehendaki. kalau perasan kat atas tu ada responses kan? haaa nanti google form dah siap, dah share kat orang kita boleh cek kat akaun drive kita dah berapa ramai yang respons hehe. Kat tepi tu kalau perasan ada banyak pilihan, kita boleh setting jenis google form yang kita inginkan. Contohnya, kalau nak letak jawapan panjang-panjang boleh ;etak paraghraph, kalau nak yang ringkas je boleh letak short text.


okey, ini contoh google form yang saya telah buat survey untuk students Sabahan yang tak balik raya kali ini. Kat tepi tu kita boleh edit dan adjust google form kita ikut citarasa yang kita nak barulah google form yang terbaik terhasil hehe. Bila semua dah okey dah siap edit bagai so awak bolehlah klik preview klik je simbol mata kat seelah setting kat atas tu.  p/s responses kat tu abaikan tau, patutnya takde tu kalau baru nak buat google form, tapi ni saya saja ambil google form yang dah buat dulu hehe.


Bila dah preview dia akan keluar macam ni. taraaa siaplah google form kita dan boleh lah share link kat kawan-kawan suruh mereka tolong jawabkan. Tapi kalau rasa macam tak puas hati dengan design tu awak boleh pergi back dan edit semula hehe. Senang bukan nak buat?

baiklahh saya rasa setakat ini sahaja perkongsian untuk harini, semoga bermanfaat. Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

KAWAN BAIK