Raya kedua di Lenggong
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Haii hari
ini saya akan kongsikan pengalaman raya kedua saya di Lenggong, Perak
seronok dapat melawat galeri arkeologi ni di hari raya hehehe
Awal-awal
pagi lagi kami semua dah bangun untuk bersiap-siap mandi, sebab pak cik Sabri
cakap hari ini nak sambung beraya lagi ke rumah saudara mara yang lain, gila la
punya ramai saudara mara kat kampung sehari beraya tak cukup lagi nak ziarah
semua. Hari itu kami memang rushing sedikit sebab malam nanti nak balik Klang
dah, nak pulang van tu pulak kepada pemiliknya sebab orang lain pulak nak sewa.
Kami gerak
jam 11 a.m awal sikit berbanding kelmarin tapi kami tak terus beraya tau, kami
singgah ke muzium nama tempat tu galeri arkeologi lembah Lenggong. Best sangat
tempat ni, memang betul-betul tempat bersejarah semua sejarah-sejarah dahulu
zaman paleolitik, neolitik dan logam ada kat dalam ni. Sempatlah nak tangkap
gambar dengan bahan-bahan tinggalan sejarah sebagai kenangan. Sangat bersyukur
sebab sempat melawat-lawat tempat macam ini walaupun masa ni raya kedua haha.
Tapi tak pelik pun hehehe
Lebih kurang
sejam jugakla kat dalam ni, ambik gambar semua baca kisah-kisah sejarah untuk
tambah pengetahuan, lihat patung- patung yang ada dan banyak lagi. Lepas je
sesi bergambar semua kami terus ke rumah saudara mara yang lain. Macam biasa
kami dihidangkan dengan kuih muih, lemang, rendang dan ketupat. Begitulah untuk
rumah kedua dan seterusnya, tapi ada jugak rumah yang sediakan bihun sup,
laksa, soto, memang sedap. Raya kedua ni sama jugak macam raya pertama kelmarin
banyak rumah kami kunjungi beraya sampai ke
malam, seronok tu memang seronokla dapat jumpa ramai orang, kenal orang
baru dapat beramah mesra serta dapat menjamah hidangan yang mereka sediakan.
Bukan itu
saja tau, siapa kata yang dah besar ni tak dapat duit raya? Hehehe
Alhamdulillah kami semua masih dapat duit raya sama macam kanak-kanak yang
lain, memang makin seronoklah beraya masa tu haha dahlah dapat makan
macam-macam dapat duit raya pulak, bestnyaaa syukur Alhamdulillah.
Pengalaman
raya kali ni memang agak berbeza dengan pengalaman raya tahun-tahun lepas. Raya
kali ni lebih agresif sikit sebab tak segan silu pergi banyak rumah haha, kalau
raya kat Sabah jarang pergi rumah ke rumah ni, pergi pun rumah jiran terdekat
je selalunya berkurung je kat rumah layan tetamu la katakan.
Comments
Post a Comment