UPSI day 1


Assalamulaikum dan salam sejahtera

Hai semua, apa khabar?.. Hari ini saya akan kongsikan mengenai kisah lawatan saya ke UPSI. Entri yang lepas kalau tak silap saya ada bagi tips kan cara nak pergi Tanjung Malim, Perak menggunakan pengangkutan awam.

 Okay sebenarnya, saya pergi UPSI pun atas dasar suka-suka je nak lawat kawan la katakana. Saya ada dua orang kawan yang belajar kat UPSI, disebabkan kuliah minggu ke 14 yang lalu habis awal pada hari khamis tu dan kolej pun dah start lengang maklumlah semua orang rushing nak balik kampong raya katakan so saya balik UPSI la petang tu nak jumpa kawan-kawan kat sana. Sorang-sorang kat bilik buat apa kan, nanti jad gila pulak haha..Oppsss lupa nak bagitau raya kalini saya tak balik Sabah tau, sedih sangat-sangat ini adalah pengalaman kali pertama beraya di perantauan ;(. Sebab tak balik tu mesti semua orang dah tahu kan? Yelaa tiket nak balik Sabah musim-musim raya ni bukan main lagi harga dia dekat 1k tau tak? Tu baru balik Sabah nanti balik Kl semula haa cuba bayangkan berapa total semua,, rasa macam membazir je lagipun gap cuti raya kejap sangat first paper exam raya keenam hahah memang tak sempatlah nak beraya sakan.

Nak dijadikan cerita sebab nak berjimat tu so saya ambik keputusan untuk beraya di perantauan la tahun ni. Lagipun ramai je kawan-kawan Sabah saya yang tak balik memang beraya kat sini je hehe. Khamis petang tu dah sampai UPSI, Alhamdulillah selamat juga sampai ke destinasi setelah menempuh 3 jam perjalanan. Sampai ja kat stesen KTM Tanjung Malim tu kawan jemput naik prebet dan bawa ke kolej dia.

Upsi dengan Ukm ada persamaan dari segi nama-nama kolej ni sama sangat. Kat sana Kolej Aminuddin Baki (KAB), Kolej Ungku Omar (KUO) dan Kolej Zaaba (KZ). Zaaba ni beza sikit sebab takda pendeta je kat tengah tu haha. Dan satu lagi kolej kat sana KHAR entah lupa dah nama panjang dia. So far yang tiga tu memang nama sama la dengan kolej-kolej kat UKM. Kawan saya ni dia tinggal kat KAB dan kat sini mereka semua tinggal dalam rumah. Satu rumah tu ada enam orang penghuni, tiga bilik means sebilik 2 orang la. Selesa tu memang selesa sebab ada ruang tamu dan fasiliti tu pun semua elok hehehe.

Lepas je letak barang-barang kat bilik kawan, kawan saya terus ajak saya ke kafe mereka kan tak lama lagi nak masuk dah waktu berbuka. Tengok kafe mereka besar jugak macam kafe kpz banyak gerai makan dan pelbagai pilihan. Alhamdulillah harga makanan pun semua berpatutan dan sedap-sedap pulak. Lepas tu yang seronoknya jugak di sana ramai student Sabahan, kat mana-mana pergi mesti akan dengar slang Sabah best gila! Tak macam UKM jarang dan susah sangat nak jumpa Sabahan kecuali masa meeting persatuan je la hmm.

Lepas je berbuka kami menunaikan solat maghrib di bilik je. Dalam jam 8.20 macam tu kami bersiap-siap pergi ke masjid UPSI. Kawan ajak saya menunaikan solat terawih kat sana. Alhamdulillah rasa seronok je beribadah kat masjid dorang, masjid dorang besar jugak tapi masjid UKM lagi besar kot rasanya haha. Malam tu Jemaah tak ramai sangat mungkin sebab orang dah ramai balik kampung.  Selepas solat terawih macam biasa kami mengambil moreh yang dihidangkan di luar dan berjalanlah dua orang sekawan ini balik ke rumah, nasib tak jauh sangat kolej dia ke masjid, syukurr. Malam tu memang banyak sangat topik yang dibualkan maklumlah dah lama sangat tak jumpa, sampai study pun dah lupa dah hahaha. Seronok sangat datang melawat kawan dapat rasa suasana baru, suasana university mereka dan yang paling penting dapat beribadah kat masjid dorang. Memang best sangat-sangat. Harap suatu hari nanti dapat berkunjung lagi ke sana.



Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

KAWAN BAIK