Masjid Putra
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dibawah lindunganNya.
okey harini saya nak sahre pengalaman saya pergi ke sesuatu tempat yang sangat-sangat menarik. Saya rasa tempat ni sungguh indah dan sangat nyaman ketika berada di dalamnya.
ini dia tempat yang saya maksudkan tu, Masjid Putra, Putrajaya. Kali pertama datang ke masjid ni sungguh jatuh hati melihat keindahannya. Suasana di sini tenang dan aman je, tambah-tambah ramai pengunjung datang untuk beribadah.
Minggu lepas, 23 Ramadan yang lalu kak Aishah (kakak usrah) saya ajak saya dan roommate berbuka puasa kat masjid Putra ni. So tanpa berfikir panjang saya dan roommate bersetuju dengan pelawaan tersebut. Dalam 20 minit perjalanan nak drive dari UKM ke masjid Putra ni. Setiba je kat masjid ni, Subhanallah sungguh terpegun dengan keindahannya. Cantik sungguh, luas nyaman dan tenang je. Saya sangat teruja.
Kitorang pun masuklah ke dalam masjid, eh lupa nak bagitau sebelum masuk tu kan kat pintu depan masjid tu ramai non muslim tau berkunjung diorang semua tangkap gambar mungkin rasa terpegun juga tengok keindahan masjid tu sama macam saya. okey sambung semula, kak Aishah bawak kitorang duduk kat ruangan legar di luar masjid untuk sama-sama menunggu waktu berbuka. karpet dialas dan disusun dengan kemas kat atas lantai, setiap pinggan diletakkan buah kurma serta kuih seri muka untuk hidangan berbuka para jemaah. Air perisa anggur juga turut disediakan di atas meja, pengunjung tinggal nak ambik je. Sebenarnya kat masjid putra ni,mereka menyediakan juadah ringan dahulu ketika waktu berbuka iaitu kurma, kuih dan air. Selepas menikmati juadah tersebut para pengunjung akan menunaikan solat maghrib berjemaah. Setelah selesai solat maghrib barulah semua pengunjung dihidangkan dengan makanan berlauk yang sungguh sedap. Semua pengunjung menikmati makanan yang disediakan dengan penuh gembira.
Paling suka tengok suasana kat masjid ni apabila ibu bapa masing-masing membawa anak-anak mereka berbuka kat masjid. Mereka ramai-ramai berbuka, makan di atas lantai beralas karpet sambil bersuap-suapan dengan wajah yang sungguh riang sekali. Nampak bonding yang sangat kuat dalam kelurga tersebut. Sebenarnya bulan ramadan ni adalah bulan penyatu anatar kita dengan keluarga, ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk bergaul dengan orang ramai serta rajin beribadah dengan sering membawa mereka ke masjid untuk berbuka puasa. Nilai kesederhanaan dalam berbuka puasa itu juga dapat diterapkan dalam keluarga. Indah sungguh bulan Ramadan!
Sungguh tenang suasana di Masjid putra, kalau diberi peluang nak selalu datang sini berbuka ramai-ramai dan beriktikaf bukan sahaja di bulan Ramadan yang mulia ini hehe. In Shaa Allah, semoga Allah mudahkan segalanya.

Comments
Post a Comment