Last day kat UPSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya akan sambung lagi kisah percutian saya ke UPSI untuk berjumpa kawan kat sana dan ke rumah kawan kat Klang pulak untuk sambut raya. Hari isnin tu adalah hari kelima saya berada di UPSI dan petang tu saya dan aini akan gerak ke Klang ke rumah kawan kami, Shakinah. Kina ni kawan kat Sabah jugak kawan satu sekolah mak dia orang Sabah dan ayah dia orang Perak. Tapi dorang dah menetap kat sini.

Kina dia baik, dia dah kerja dia sendiri yang tak nak sambung belajar, katanya ada rezeki nanti dia akan sambung jugak. Kina bila dia tau ja saya da Aini tak balik Sabah dan beraya kat kolej je tahun ni dia pelawa kami balik rumah dia beraya bersama-sama dengan keluarga dia. Mula-mula seganlah jugak tapi memandangkan dah memang rapat dengan dia mak ayah dia pun dah kenal dah, kat sabah dulu memang selalu jugak datang rumah dia so kami terima je pelawaan tu, excited jugak dapat beraya dengan dorang.

Alhamdulillah petang isnin tu dalam jam 6 kami selamat sampai ke rumah kina di teluk panglima garang, klang. Mak dia hidang macam-macam untuk juadah berbuka puasa, memang kenyang gila la masa berbuka tu lauk pauk semua sedap puas hati sangat rasa macam kat rumah sendiri. Lepas je makan dan solat kami berehat kat dalam bilik dengan suasana yang penuh riuh maklumlah kina dia ada ramai adik beradik sama jugak macam saya hehe. Adik-adik dia semua peramah gila, banyak soal saya layankan je walaupun penat masa tu.

Tiba-tiba tengah malam tu ayah kina, pak cik Sabri ni bagitau kami yang dorang akan balik kampung ke Perak, saya dan Aini pun turut serta. Ya Allah terharu gila masa tu,yelaa ada orang ajak kami balik kampung dorang ingatkan beraya kat Klang je rupanya ayah kina tu cakap dorang memang akan selalu balik kampung jika berkesempatan. Rezeki tahun ni dapat beraya kampung kawan kat Perak hehe.

Malam tu jugak kami kemas-kemas barang dalam jam 2 pagi tu kami gerak ke perak. Allah permudahkan semuanya, semua berjalan lancar dan banyak kali jugak kami singgah ke R&R. sahur pun dalam van je sebab dah tak sempat R&R pun semua dah penuh. Eh lupa nak bagitahu, disebabkan kami ramai tak cukup 1 kereta, pak cik Sabri ni sanggup sewa van tau untuk kami semua rasa terharu sangat. Banyak jugaklah tempat kami singgah-singgah, ambik gambar dan berehat sekejap.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Lenggong tengahari jam 11 am lebih kurang. Dan kami lawat banyak rumah saudara mara mereka sebelum pergi ke destinasi terakhir iaitu rumah tempat kami menginap rumah pak Anjang dan Mak Anjang. Pak Anjang dan Mak Anjang ni pasangan suami isteri yang merupakan saudara pak cik Sabri, pasangan ni memang sangat mesra dan peramah. Mereka sambut kedatangan kami dengan penuh gembira memang seronoklah duduk kat sana.
Mak anjang dan anaknya kak Wati siap masak macam-macam lauk untuk berbuka puasa, sedap sangat dahla seharian dalam van hahaha. Malam tu adalah malam raya, takbir raya berkumandang sana sini tiba-tiba rasa sedih jugakla sebab beraya kat perantauan je tahun ni hmm.. tapi syukur sangat dapat kawan yang memahami ajak kami beraya kat kampung dia alhamdulillah.

Ok nanti saya sambung lagi kat entri  seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

KAWAN BAIK