Kali pertama ke bumi Semenanjung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap semua sihat hendaknya.

hari ini saya akan kongi pengalaman dan kenangan manis pahit saya semasa datang ke semenanjung Malaysia.

Saya start kat result UPU dulu yaa. Masa dapat je result tu rasa teruja sangat sebab dapat UKM uni pilihan saya. Memang excited lah masa tu. Tapi dalam masa yang sama beberapa hari lepas dapat result tu tiba-tiba rasa takut pun ada sebab akan berjauhan dengan keluarga tambah-tambah lagi saya memang tiada sesiapa di Semenanjung. Sedihh;(. Saya takut tiada tempat bergntung di sana nanti dah lah jauh kena naik flight pula kawan sekolah pun takde yang masuk UKM. Masing-masing masuk uni pilihan mereka eperti UPSI dan UMS. Tapi syukur alhamdulillah ibu bapa saya dan kakak-kakak saya sentiasa sokong saya, ,mereka sentiasa bagi semangat supaya tak takut dan sentiasa kuat. Dugaan belajar memang begitu dorang cakap. Mereka sentiasa yakinkan saya bahawa saya mampu buat.

saya belek-belek surat tawaran sambung belajar ke UKM, tarikh melapor diri pada 2 September 2018. kawan-kawan yang lain pun sama mereka akan melapor diri ke uni masing-masing pada tempoh tarikh tersebut. Tiba-tiba rasa risau tu datang lagi banyak persoalan yang timbul. nanti nak pergi KL dengan siapa? Nak hantar saya pergi UKM siapa? Teman saya mendaftar dan tolong angkat barang siapa? Sebab saya tahu mak ayah saya tak mampu nak teman sebab ada urusan lain tambahan pula kekangan kewangan yang dihadapi. Kakak-kakak pun tak dapat hantar sebab mereke bekerja dan tak dapat mohon cuti. Rasa sangat sedih masa tu. Risau, takut, sedih semua bercampur baur.

Akhirnya ibu saya meminta pertolongan kepada kawan baiknya Mak cik Masawa untuk menghantar saya ke UKM. Kebetulan pada masa itu kak Nasra anak kepada mak cik Masawa yang sedang bercuti di kampung akan balik semula ke Johor. Tanpa berfikir panjang saya juga ikut sekali dengan penerbangan mereka ke Johor, maklumlah saya langsung tak tahu jalan dan tak pernah lagi naik pesawat.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

UPSI day 1