PERMIS
Hai assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini saya akan kongsikan mengenai persatuan saya di UKM.
Saya menyertai PERMIS iaitu singkatan daripada Persatuan Mahasiswa/I Sabah.
Persatuan ini wajib disertai oleh pelajar-pelajar Sabah di UKM untuk lebih menjaga
lagi kebajikan mereka serta mengeratkan hubungan silaturrahim bersama. Okay,
masa awal-awal masuk tu sebenarnya ada minggu Pengenalan Persatuan Mahasiswa di
Pusanika. Pada masa itulah kami diperkenalkan persatuan-persatuan yang terdapat
di UKM yang boleh disertai sesiapa sahaja asalkan berminat. Tanpa berlengah
saya dan kawan-kawan Sabah saya mendaftar dan menyertai PERMIS dan secara
rasminya kami telah menjadi ahli PERMIS setelah mendaftar persatuan tersebut.
Aktiviti pertama yang PERMIS buat pada ketka itu ialah Hari
Interaksi Permis . Program itu mengumpulkan ahli-ahli baru bersama
senior-senior merangkap exco PERMIS. Sukaneka, senamrobik, dan aktiviti
makan-makan dibuat pada ketika itu. Sebenarnya aktiviti seperti itulah yang
dapat mengeratkan lagi bonding kami semua. Kami dapat lebih mengenali
senior-senior kami, juga penasihat PERMIS Dr Azlan, malahan banyak info-info
baru yang kami dapat daripada senior-senior.
Bukan berhenti setakat itu sahaja, PERMIS adalah persatuan
yang sangat aktif dan banyak program yang mereka jalankan. Pada Januari lepas
PERMIS telah mengadakan Operasi Khidmat
Masyarakat (OPKIM) di sebuah perkampungan di Sabah. Namun begitu saya tidak
berpeluang menyertai aktiviti ini kerana pada ketika itu adalah cuti semester
dan saya tidak ingin mengganggu cuti semester saya yang saya sudah rancang
untuk meluangka masa bersama-sama keluarga saya. Maklumlah kan lama sangat dah
tak balik, balik pulak setahun 2 kali je jadi memang saya akan manfaatkan cuti
yang ada sebaik-baiknya bersama keluarga.
Saya juga berpeluang menyertai program besar tahunan PERMIS
iaitu Piala Debat dan Pidato Akinabalu. Saya sebagai ajk pendaftaran pada
ketika itu. Tak payah nak cakaplah sibuk tu memang sibuk pada masa tu. Untuk
pengetahuan juga program tersebut disertai oleh hapir semua universiti awam di
Malaysia yang mana pesertanya terdiri pelajar-pelajar Sabah sendiri. Acara yang
dipertandingkan ialah pidato dan debat. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat
kerana berpeluang menyertai program-program besar seperti itu dan menjadi ajk
iaitu antara orang-orang penting dan tulng belakang dalam menjayakan sesebuah
program. Banyak pengalman baru yang saya timba sepanjang menyertai program 3
hari 2 malam itu.
Comments
Post a Comment