UPSI day 4


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya akan kongsikan pulak pengalaman yang saya tidak dapat lupakan semasa bulan Ramadan ni.

Hari keempat saya berada kat UPSI, kawan saya Aini ni ajak jalan ke  KL dia kata dia nak beli baju raya lagipun dia tak pernah lagi pergi KL. Memandangkan saya jenis yang suka berjalan jugak dengan kawan-kawan kat UKM tu so memang tahu la dan biasa pergi ke KL tu naik public transport je. Lagipun niat nak ajak Aini ni jalan untuk ajar dia cara nak guna pengangkutan awam sebab dia ni jarang keluar dari UPSI selalu terperap kat bilik je, incase suatu hari nanti dia nak lawat saya kat UKM ke boleh lah dia naik public transport je mudah dan cepat lagi selamat hehe.

Kami gerak lambat sikit dari UPSI sebab lambat bangun inilah kesannya sambung tidur semula lepas subuh. Plan nak gerak pagi tapi hmm terpaksa gerak jam 12 tengahari. Tunggu train bukan main lama pulak,  geram jugakla. Dalam train syukur Alhamdulillah lega sikit tapi tula train banyak kali pulak berhenti tunggu isyarat dari pusat kawalan la entah apa lah dah risau dah masa ni takut lambat sampai KL. Tekaan saya memang tepat kami sampai KL sentral dah petang jam 5 macam tu. Singgah solat kejap pastu terus naik lrt ke masjid jamek. Tengok jam dah dekat pukul 7 dah, tak lama lagi nak berbuka, jadi kami singgah lah kat masjid jamek tunggu waktu berbuka, berbuka beramai-ramai dengan jemaah yang hadir. Alhamdulillah makanan yang dihidangkan sangat sedap siap ada bubur lambuk pulak. Syukur sangat.

Lepas je berbuka dan solat maghrib kami terus berjalan ke arah jalan TAR sebab kat sana pakaian semua murah-murah so memang nak beli baju raya kat sana je lah.  Ramai sangat orang kat sana semua sibuk nak beli barang untuk persiapan raya. Aini dah dapat baju yang dia nak, syukur Alhamdulillah. Saya beli tudung je baju dah beli siap-siap haritu dengan kawan hehe.
Dipendekkan cerita, lepas beli barang semua tu saya dan aini rushing nak balik ke upsi sebab takut tertinggal train ke tanjung malim. Sangkaan saya memang tepat, tiba je kat stesen ktm sungai buloh tengok jadual kat atas train ke tanjung malim memang dah takde, pak cik tu pun cakap train terakhir pukul 8 malam tadi hmmm rasa sedih sangat-sangat.

Kami berdua tak tahu dah nak tidur mana, dah la terlepas train dah malam pulak tu. Kami ambik keputusan nak pergi masjid area sg buloh tu nak iktikaf kat masjid. Alhamdulillah atas bantuan goggle kami jumpa masjid baru sungai buloh dan tumpang kat masjid tu untuk malam tu. Pukul 4 pagi kami dah bangun untuk qiam dan pukul 5 macamtu kami menikmati makanan sahur. Syukur alhamdulillah masjid tu sediakan makanan sahur untuk 10 malam terakhir Ramadan senanglah para jemaah yang iktikaf kat masjid nanti kan. Lepas solat subuh kami begegas ke stesen ktm sg buloh tu nak balik tanjung malim haha. Alhadulillah Allah permudahkan segalanya, walaupun banyak jugakla dugaan yang datag yang dapat mematangkan saya.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

KAWAN BAIK