Raya kat Klang
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Saya akan
sambung lagi untuk entri lepas mengenai cerita raya saya tahun ni.
Sesudah
sesi beraya untuk raya kedua tu, kami bergegas balik ke rumah mak Anjang dalam
jam 11 malam macam tu sebab esok pagi dah kena sampai Klang untuk pulangkan van
tu. Sedihlah jugak malam tu sebab dah kena tinggalkan mak anjang dan pak anjang
tuan rumah yang sangat baik dan memuliakan tetamu mereka.
Dalam
sekitar jam 12.30 am kami dah memulakan perjalanan pulang ke Klang. Sebelum tu
doa naik kenderaan, doa memohon keselamatan dibaca terlebih dahulu. Dalam
perjalanan pulang kami singgah di Tanjung Malim dulu untuk menghantar Aini ke
UPSI. Rasa sangat sedih sebab dah berpisah padahal baru je berpuasa dan sambut
raya bersama-sama hmm. Lepas hantar Aini kami meneruskan perjalanan sehinggalah
ke Teluk Panglima Garang. Kami tiba di
rumah dalam jam 7 pagi, semua orang memang sangat letih masa tu, apa lagi kami
qada’la tidur sebab badan letih sangat.
Aini dah
balik upsi kini tinggal saya sendiri kat rumah Shakinah, segan tu memang segan
tapi saya buat-buat tak tahu je hehe. Lagipun saya dah makin selesa dengan
mereka, kelurga mereka semua memang baik-baik belaka. Ingatkan nak balik Sabtu
tu sebab isnin dah start exam dah tapi pak cik Sabri tak suruh, alang-alang
balik hari ahad je la takut takda orang kat kolej semua orang kan masih beraya.
Saya pun terpaksa akur je la , betul jugak apa pak cik tu cakap kawan yang
balik ukm sabtu pun rasa menyesal sebab ukm masih sunyi masa tu dan yang paling
menyedihkan kafe masih tutup.
Dua hari
kat rumah Kina memang makan macam-macam lagi lah, mak dia masak bihun sup,
laksa, mee goreng dan banyak lagi lah. Memang kenyang gila dengan makanan
sepanjang raya ni, study pun entah ke mana dah hmm.
Habis dah
beraya kat Perak sambung pulak beraya kat Klang, memang beraya sakan la
nampaknya tahun ni. Masa kat rumah Kina tu sempatlah pergi 2 buah rumah saudara
mereka untuk beraya, nasiblah dua buah rumah je kalau tak memang pengsanlah
gamaknya asyik makan lemang je hahah.
Pengalaman
yang saya tak boleh lupakan juga Kina bawak saya keliling kampung dia tau, nak
beli aiskrim la lepak mamakla dengan menaiki motor pulak tu. Takut tu memang
takut first time naik motor nasib la kina bawak tak laju sangat kalau tak
memang trauma agaknya. Banyak jugakla tempat-tempat kami pergi dengan menaiki
motor je. Pergi beraya rumah kak Aisyah (kakak sepupu dia) pun kami naik motor
je, hehehe. Seronok rupanya naik motor ni rasa lapang je.
Comments
Post a Comment