UPSI day 2




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Haii sebenarnya entri pasal upsi hari tu tak habis lagi tau hahah..saya nak sambung lagi harini boleh kan?

Hari kedua kat UPSI kawan saya ajak saya jalan-jalan pergi melawat sekitar UPSI,  rasa gembira bukan kepalang excited wehh hahaha. Upsi ni sebenarnya ada dua kampus, kampus lama dan kampus baru. Yang kolej-kolej semua ni terletak kat kampus baru, kampus lama tu semua ada fakulti je, library dan bangunan pentadbiran.

Kawan saya ni best gila, dia bawak saya pergi taman, belakang taman tu ada tasik pulak. Kami jadi kanak-kanak riang buat seketika melayan perasaan bermain buaian seperti taman tu kami yang punya hahhah. Lepas kat taman tu kami terus menaiki bas dari kampus baru ke kampus lama, kat sana kawan saya tunjuk macam-macam fakulti kat saya malah kami sempat juga melawat ke perpustakaan mereka iaitu perpustakaan Tuanku Bainun  . Library dia tak besar sangat jauh beza kalau dibandingkan dengan PTSL heheh. Tapi library dia selesa jugaklah banyak kemudahan, banyak bahan rujukan dan ramai jugaklah pelajar study masa kami melawat tu. Kami berdua je yang masuk suka-suka orang semua kat dalam tu semua fokus study haha.

Lepas je sesi melawat dan ambik gambar kami terus ke pekan Tanjung Malim. Kat sana pekan dia dekat sangat dengan kampus lama ni hanya perlu jalan kaki sekejap je dan kena lalu terowong motosikal depan terus sampai pekan dah. Senang sangat nak pergi pekan tak perlu nak book grab btw kat sana memang takda grab pun so memang jimatlah student upsi ni kalau nak pergi beli barang ke, makan ke. Mereka hanya perlu naik bas dari kampus baru (kolej mereka ) ke kampus lama, pastu jalan kaki ke depan sikit dah boleh sampai ke pekan terus heheh senang bukan?

Saya teman kawan saya beli barang sikit lepas tu kami terus lepak kat KFC sementara nak tunggu waktu berbuka. Alhamdulillah KFC tak sesak sangat masa tu, tak ramai orang datang kfc. Selesai berbuka kami balik semula ke kolej kawan saya hehe. Banyak sangat pengalaman baru yang saya dapat sepanjang berjalan seharian melawat sekitar upsi dan pekan tanjung malim, rasa macam dah boleh jadi student UPSI pulak hahah, gurau jee.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

UPSI day 1