Pengalaman Terindah
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Masih lagi
dengan cerita raya saya, saya akan sambung pengalaman bermakna saya raya di
perantauan bersama kawan dan keluarga dia.
Hari ahad,
raya kelima hari terakhir saya di rumah Shakinah sebab isnin dah start paper.
Alhamdulillah selepas berkemas-kemas tengahari jam 12 pm kami gerak ke bandar
Klang. Masa ni mak, dan adik-adik Kina ikut sekali nak hantar saya balik la
katakan hehe. Nak hantar terus ke UKM tu memang jauh sangtlah tambah-tambah
jalan raya sesak masa tu, jadi saya hanya mintak pak cik Sabri hantarkan saya
ke stesen KTM Klang. Alhamdulillah pak cik Sabri tak keberatan malah dia turut
rasa risau sebab takut saya balik sendiri ke UKM. Nasib baik saya pandai nak
yakinkan mereka semua memang selamat balik dengan naik pengankutan awam ni.
Orang pun ramai so memang takda apalah nak dirisaukan.
Setiba je
di stesen ktm Klang, saya terus topup kad ktm saya. Lepas tu saya salam mak
kina, kina, dan adik-adik dia. Tak lupa juga ucap terima kasih banyak-banyak
pada mereka sekeluarga rasa sangat bersyukur dapat cipta memori hari raya tahun
ni bersama mereka. Lepas je sesi salam menyalam tu saya terus gerak ke gate
touch n go tu dan terus menunggu ktm yang bakal tiba untuk ke kl sentral.
Alhamdulillah kejap je tunggu train dalam sejam begitu sampai akhirnya ke Kl
sentral. Di kl sentral saya tukar transit pula untuk naik train baru ke ukm.
Sampai je ke stesen ktm ukm saya kena tunggu bas zon 6 pulak atau bas mrt untuk
sampai ke kolej saya. Tunggu dalam 15 minit macam tu, bas mrt pun tiba tanpa
berlengah saya naik la dan turun di bustop KUO. Jam 6 petang lebih kurang saya
selamat sampai ke kolej saya, syukur Alhamdulillah.
Kenangan
dan pengalaman cuti raya kali ini tidak dapat saya lupakan. Walaupun bukan rezeki
beraya dengan keluarga tahun ni tapi saya sangat bersyukur sebab diberi peluang
beraya bersama kawan-kawan, keluarga kawan yang baik belaka dan memahami dan
yang paling penting dapat merasai suasana beraya kat kampung makan lemang,
rendang, dan ketupat dapat duit raya pulak tu hehe.
Syukur sangat-sangat,
Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment