Raya pertama di Lenggong
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
seronok beraya kat kampung walaupun lari tema haha ;)
Okay, hari
ini saya akan kongsikan pengalaman saya beraya di kampung kawan saya Shakinah.
Alhamdulillah,
raya pertama dalam jam 12 tengahari macam tu kami bersiap-siap dari rumah mak Anjang
untuk menziarahi rumah saudara mara yang lain. Rumah pertama yang kami ziarahi
saya tak pasti sangat yang pasti rumah tu rumah keluarga pak cik Sabri. Mereka
layan kami dengan sungguh mesra pelbagai kuih muih dihidangkan malahan ketupat,
lemang rendang juga ada. Pertama kali makan makanan melayu semasa raya ni, kat
sabah kan takda lemang ketupat bagai ni yang adapun burasak je hehe. Nikmat sangat makanan yang dihidangkan
makan sambil bergelak ketawa, bergurau senda memang best haha.
Rumah
berganti rumah, masuk rumah kedua ketiga dan seterusnya sama juga hidangan
utama tak lain tak bukan lemang, dan rendang. Raya pertama mereka memang akan
hidangkan tetamu dengan makanan tradisi ni sungguh meriah saya rasa. Dari rumah
ke rumah hidangan utama tetap sama sampai tak larat dah nak jamah sebab kenyang
sangat, hanya mampu jamah kerepek je hehe. Raya pertama tu rasanya banyak
sangat rumah kami kunjungi mana taknya dari tengahari hingga ke malam beraya
hahha. Seronok jugakla sebab ni pengalaman pertama saya beraya ke banyak-banyak
rumah ni sebab kalau kat Sabah rumah saudara mara semua jauh-jauh jadi memang
payahlah nak pergi jelajah semua.
Walaupun
saya dan aini orang luar tapi kami rasa sangat selesa sebab mereka layan kami
macam keluarga sendiri sama macam dorang layan shekinah sekeluarga. Bukan itu
sahaja pak cik Sabri ni memang baik sangat, setiap rumah yang kami kunjungi tu
dia akan tanpa segan silu akan perkenalkan saya dan aini, masih
terngiang-ngiang lagi ayat pak cik tu “ni kawan shakinah sorang ni study kat
ukm Bangi, sorang pulak study kat upsi, Tanjung Malim, dorang ni tak balik raya
sebab minggu depan dah periksa” terharu sangat dengan pak cik ni, dia tak
pernah abaikan kami walaupun hanya kawan kepada anak dia kami rasa sangat
terhutang budi. Saudara mara kat sana pun dah kenal muka kami, mereka pun rasa
sedih la sebab kami tak dapat balik Sabah dan mereka banyak bagi kata semangat
hehe, beraya kat kampung kawan best jugak sebenarnya. Kelurga, saudara mara
semua baik-baik belaka mengalukan kedatangan kami semua. Makanan pulak
macam-macam terhidang.
Sangat
bersyukur untuk pengalaman raya pertama ini.
Comments
Post a Comment