JOM MASUK UKM
Hai assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini saya akan kongsikan mengenai UKM. Alhamduillah saya
berjaya ditawarkan untuk sambung pengajian di UKM. Rasa gembira sangat dapat
masuk UKM. Saya akan kongsikan sedikit pengalaman saya sepanjang berada di UKM.
Saya masuk UKM bagi sesi kemasukan 18/19. Alhamdulillah sekarang dah berada
dalam sem 2.
Masuk je UKM lepas mendaftar dan kemas-kemas barang tu kami
terus jalani minggu MMM, iaitu Minggu Mesra Mahasiswa, ia lebih kurang macam
orientasi la cuma nama je lain. Empat hari tak silap kami di ajar pelbagai
benda oleh Pemudah Cara (PC) yang bertugas sebagai fasilitator sepanjang minggu
3M tersebut. Seronok jugaklah sebab pelbagai aktiviti yang dijalankan suapaya
kami lebih selesa dan tidak kekok sepanjang berada di UKM. Paling pentng sekali
kami dibawa ke tempat-tempat di UKM seperti fakulti masing-masing, DECTAR,
Dewan Gemilang, Pusat Kesihatan, Masjid, dan sebagainya. Rasa sangat gembira
pada masa tu, kami di beri tunjuk ajar agar kami tidak sesat di kemudian hari
nanti apabila hendak bergerak ke mana-mana. Bukan itu sahaja kami juga diajar
cara untuk menaiki bas ke tempat-tempat tertentu. Ini kerana terdapat 3 jenis zon bas yang terdapat di UKM iaitu
zon 2, zon 3 dan zon 6. Semua bas ini ada destinasi masing-masing jadi jika
tersilap naik maka tersilap destinasilah kesannya.
Masuk minggu kedua tu kami diajar cara untuk mendaftar
subjek. Segala panduan diberi untuk
subjek yang perlu diambil bagi sem tersebut, jumlah jam kredit dan
pemilihan set. Selepas mendaftar subjek kami terus menghadapi minggu kuliah
pertama kami. Kali pertama masuk kuliah tu rasa janggal sikit sebab suasana
memang berbeza dengan masa form 6 dulu. Dewan kuliah dah la besar, ramai orang
pulak tu dan semua tidak mengenali antara satu sama lain.Tapi syukur
Alhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri walaupun saya rasa semua tu adalah
perkara baru bagi saya. Setelah itu maka bermulalah kehidupan saya sebagai
pelajar universiti untuk menuntut ilmu serta menghabiskan 14 minggu saya untuk kuliah
setiap semester.
Comments
Post a Comment