Program 2ForOmarian
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Haii, hari ini saya akan kongsikan program pertama yang saya sertai di kolej saya Ungku Omar masa tahun 1 ni. Program ni bawah Sekretariat Kerohanian dan nama program ni ialah 2forOmarian.
okeyy, nak tahu tak apa maksud 2foromarian tu? mehh saya cerita sikit..
Sebenarnya program 2forOmarian ni program tahunan sekretariat jugakla, mereka akan buat tiap tahun. Dimana semasa program ni akan diadakan jualan makanan berlauk dan air sirap dengan serendah RM 2 ringgit sahaja. Haaa murah kan?! Tujuan program ni memang nak bantu student pun yang kurang berkemampuan dan yang nak berjimat di samping nak bersedekah dan berbuat amal kebajikan kepada para pelajar KUO.
Nak cerita pasal program ni, best sangat tau. Saya sebagai ajk jamuan dengan kawan-kawan yang lain memang busy gilalah masa hari kejadian. Malam sebelum program tu kami memang dah sibuk prepare apa yang patut kat bilik masakan. Kami dah mula potong dan basuh ayam. Malam tu jugak kami dah siap goreng ayam supaya nanti esok pagi senang sikit nak buat kerja tinggal nak jadikan ayam tu masak kicap.
Tapi nak cerita la kan disebalik kejayaan program kami tu, sebenarnya kami sebagai ajk sangat bertungkus-lumus sampai tak cukup tidur malam tu hahaha lawak bila nak ingat semula. yelaa kami bergilir-gilir nak goreng ayam tu, ayam tu dahla banyak lepas tu dapur yang boleh pakai masa tu hanya 2 je tak silap itu pun slow sangat apinya memang sanpai ke pagi la goreng ayam tu. Tapi syukur alhamdulillah sebelum subuh kami dah berjaya siapkan kerja-kerja menggoreng tu hehe.
keesokan paginya, kami teruskan dengan aktiviti memasak sayur, tanak nasi, potong buah serta membungkus makanan ke dalam plastik untuk dijual kepada pelajar. lebih kurang jam 10 macam tu aktiviti jualan makanan tu diadakan di gelanggang basketball. Ramai jugakla pelajar yang turun membeli makanan hasil tangan kami yela makanan murah kan dapat free air pulak memang rugilah kalau tak beli hehe.
saya sangat seronok sebenarnya jadi sebahagian daripada mereka yang berjaya laksanakan program ni, gembira dan puas hati sangat bila kita dapat buat satu program tu dengan jayanya. rasanya sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Haa kat bawah ni saya sertakan gambar-gambar sepanjang program tu hehe
nampak tak pek-pek makanan tu? banyak kan? tak silap saya kami buat dalam 300 bungkus masa tu, dan alhamdulillah semua habis terjual ;)
tengok tu semua muka happy je masa tengah packing makanan hehe. buat kerja kena ikhlas tau barulah berkat ;)
Comments
Post a Comment