Dinner PERMIS



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya akan kongsikan pengalaman kedua saya menjadi ajk di bawah program PERMIS. Baru-baru ini PERMIS telah menganjurkan program dinner yang juga merupakan program tahunan bagi meraikan mantan-mantan PERMIS yang banyak berjasa kepada PERMIS.

Program ini dianjurkan baru-baru ini sahaja semasa Ramadan lepas. Kami sebagai exco-exco baru sesi 19/20 yang baru dilantik  dikehendaki menjadi ajk bagi mengendalikan dan melancarkan program ini.

Program yang bermula sejak jam 8 malam itu berakhir pada jam 11.30 malam. Tetamu yang datang adalah pelajar-pelajar Sabah sendiri dan majlis ini turut  dirasmikan oleh penasihat PERMIS iaitu Encik Azlan bin Abas. Saya dan dua orang rakan saya bertugas sebagai pos protokol antara pos yang sangat penting dalam sesuatu majlis. Okey, saya akan ceritakan sedikit bidang tugas pos protolkol ini dalam yang mana mereka sangat penting dari awal sehingga ke hujung majlis mereka perlu memastikan program berjalan lancar dan mengitut tentatif. Antara bidang tugas pos protokol ini ialah penyediaan teks emcee, bacaan doa, teks ucapan pengarah program, teks ucapan perasmi, dan yang dipertua serta teks salutasi. Pos ini juga perlu menyediakan penyambut tetamu ataupun usher yang mengiringi vip dan vvip sepanjang program berjalan. Senang cerita pos ini memang akan memastikan program berjalan dengan lancar mengikut tatatertib.

Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menjadi ajk pos protokol kerana banyak pengalaman baru  yang saya timba dan paling penting sekali penglaman dan ilmu baru ini dapat saya gunakan untuk program-program akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

UPSI day 1