Ramadan Kareem


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya akan buat sedikit perkongsian mengenai bulan Ramadan tahun ini 1440 hijrah. Alhamdulillah pada Ramadan pertama saya dan kawan-kawan berpeluang pergi ke bazaar ukm yang terletak di belakang panggung seni. Banyak juga juadah yang dijual di sana, setelah hampir  setengah jam berpusig-pusing akhirnya kami dapat makanan yang kami inginkan.  Tepat jam 7.22 pm azan maghrib berkumandang kami semua pun sedia berbuka dengan makanan yang kami beli. Nikmat makanan itu amat terasa setelah berpuasa seharian hehe. Paling penting air sejuk berperisa menjadi santapan utama. Setelah berbuka kami bersiap sedia untuk solat terawih pada malam hari.

Bagi Ramadan kedua dan seterusnya kami hanya membeli makanan untuk berbuka dari kafe kolej. Alhamdulillah murah pun murah kenyang pun kenyang jugak. Berjimat tu perlu hehe. Dan syukur sangat-sangat sepanjang bulan Ramadan ni ramai sangat orang bersedekah bagi makanan free untuk berbuka dan sahur. Kami ambik kesempatan ini yela orang cakap rezeki jangan ditolak orang dah bagi kita ambik je la hehe.

Bukan itu sahaja sesekali itu kami juga berkunjung ke masjid UKM berbuka puasa beramai-ramai di sana seterusnya menunaikan solat sunat terawih. Suasana tu sangat seronok terasa sangat keindahan bulan ramadan tu.

Paling seronok sekali ketika menanti waktu berbuka, imam akan mengetuai bacaan doa semua orang kusyuk tadah tangan memohon doa yela kan berdoa sebelum berbuka ni adalah waktu mustajab, in shaa Allah doa-doa tu Allah akan makbulkan.

Tiba waktu berbuka seperti biasa semua akan duduk berkumpulan di atas karpet yang disediakan, kami akan menikmati juadah yang disediakan di dalam talam. Satu talam cukup untuk 4 atau 5 orang makan. Makanan yang disediakan pula sedap-sedap belaka lauk, sayur, buah,kuih, kurma,nasi semua cukup alhamdulillah. Kami rasa sangat bersyukur dapat menikmati makanan free dan dapat merasai suasana berbuka beramai-ramai di masjid.

Inilah keindahan Ramadan syukur Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

UPSI day 1