UKM di hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya akan share tentang UKM. Kenapa saya memilih UKM? ada apa kat UKM? dan macam-macam lagi lah tentang UKM.
Sejujurya, saya sendiri pun tak sangka dapat tawaran sambung belajar di UKM. Rasa macam tak percaya pun ada. Saya ini orang borneo, duduk kat Sabah jauh merantau ke UKM pula macam pelik je kan haha. Masa isi UPU haritu dah memang susun dah uni pilihan ikut skala minat tu dari nombor satu sehinggalah ke pilihan 12. Masa tu UKM la pilihan 1, sebab kenapa pilih ukm tu nanti saya cerita ya.
Alhamdulillah bila keluar result UPU, rasa gembira sangat dapat UKM. Dalam kegembiraan tu rasa takut tiba-tiba pun ada, ye la lepas ni kena merantau ke negeri orang berjauhan dengan family pastu first time pulak nak naik flight huarghhhhh sedihnyaa ;( sebuln sebelum masuk UKM tu memang kalut gila la nak prepare semua benda plus masa tu saya kerja pula so macam agak susah sikit nak urus semua tu. Nasib baik family semua sudi membantu, alhamdulillah.
Pertama kali merantau ke negeri orang rasanya memang lain sedikit. Orang kata hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri. Dan itulah yang saya alami ketika berada di bumi semenanjung ini.
Sedih tu memang sedih sebab takde kawan satu sekolah yang masuk UKM. Inikan kawan satu sekolah kawan sedaerah pun susah nak cari hmmm betapa sedihnya masa tu. Risau tu memang agak risau sebab tak kenal siapa-siapa pada mualanya masuk UKM. Nasib baik jumpa kawan-kawan yang baik asal Sabah juga, satu kos pula dan satu kolej, alhamdulillah syukur sangat-sangat masa tu. Tak la rasa sunyi + takut sangat dah lepas tu dah ada geng kan hehe.
saya pilih UKM ni sebenarnya sebab nak masuk uni penyelidikan je. Teringin nak masuk uni hebat-hebat dan alhamdulilah dapat. Bukan nak pandang rendah dengan uni lain, uni mereka tak hebat, TAK! Sebenarnya semua sama je tapi dari kita sendiri yang tentukan nak kutip pengalaman tu dengan cara bagaimana, sebab saya tahu lain tempat lainlah pengalamannya. Lagipun ni semua bergantung dengan minat masing-masing, macam saya dulu memang minat sangat dengan UKM dari zaman sekolah lagi selalu buat research pasal UKM teringin nak masuk sana suatu hari nanti. Alhamdulillah Allah makbulkan. Sebab tu matlamat amat penting, kalau nak sesuatu tu kena berusaha lepas tu tawakal lah. Pernah juga terfikir kalau tak dapat UKM tak kisah la, saya boleh je masuk UMS dekat pula tu kat Sabah je hehe. Tapi Allah bagi saya suatu pengalaman yang cukup indah Allah bagi saya merantau kat negeri orang hehe.
Pada pendapat saya UKM adalah universiti yang sangat aman dan tenang untuk didiami walapun terletak di dalam bandar.

Comments
Post a Comment