Ihya' Ramadan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya akan kongsikan pengalaman pertama saya menyambut Ramadan di perantauan. Tahun ni first time sambut Ramadan bukan dengan keluarga. Tapi syukur Alhamdulillah sebab masih berpeluang menyambut Ramadan tahun. Ramadan adalah bulan mulia yang kita tunggu-tunggu kedatangannya. Tahun ni rasa excited tu lain sikit walaupun  tak bersama keluarga tapi aura-aura keindahan bulan Ramadan itu tetap ada. Puasa, terawih, sahur rasa tidak sabra nak rasai.
Alhamdulillah tahun ni juga saya berpeluang menjadi ajk untuk program Ihya’ Ramadan anjuran Sekretariat Kerohanian dan juga Kelab Iqra’. Rasa sangat seronok sebab dapat  handle program dapat banyak pengalaman dan kenalan pun turut bertambah.

Jadual dibuat bagi membahagi-bahagikan tugas ajk. Antara tugas yang perlu kami buat ialah mengagihkan kupon untuk berbuka puasa kepada yang memerlukan, menyediakan moreh kepada para jemaah selepas terawih, mengadakan iftar perdana serta majlis khatam al-quran.
Perasaan seronok tu tak dapat digambarkan kerana dapat bergaul dan berkenalan dengan ramai orang bekerjasama sebagai satu pasukan untu menjayakan program. Pengalaman paling seronok sekali apabila bertugas untuk buat moreh hehe. Memang lawak sangat sebab kami sebagai ajk perlu buat air dalam kuantiti yang banyak untuk dihidangkan kepada para jemaah. Bagi kuih muih pula ajk tertentu hanya akan membelinya di bazaar. Masa nak buat air tu lawak sikit sebab ni merupakan pengalaman pertama kami jadi kami pun tak tau nak agak berapa balang nak buat, letak gula berapa banyak hahaha. Alhamdulillah selepas beberapa hari bertugas kami dah tahu kuantiti yang diperlukan untuk dihidangkan kepada para jemaah. Rasa air teh pun cukup rasa dan sedap walaupun kami hanya guna formula agak-gak pada masa tu hehehe.

Alhamdulillah program ihya Ramadan ini berlangsung selama 20 hari bermula dari 1 ramadan sehingga 20 ramadan. Rasa seronok sangat sebab berpeluang menjadi ajk yang bertugas dan berbakti kepada orang lain. Bila tengok orang minum air buatan kami, kami rasa sangat lega dan yang paling seronok apabila nak basuh balang air tu, balang dah kosong dan pembaziran pun dapatlah dielakkan. Rasa bersyukur sangat, tapi kadang-kadang ada je air yang tak habis mungkin sebab ajk yang bertugas pada masa tu buat air banyak sangat dan jemaah yang datang tak ramai hehe. Tapi kami sebagai ajk terutamanya ajk lelaki akan menghabiskan air yang berbaki bagi mengelakkan pembaziran.

Ramadan kali ini sangat bermakna sebab banyak pengalaman baru yang saya timba hasil dari program-program yang saya sertai. Saya berharap saya akan berpeluang untuk bertemu dengan Ramadan akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

KAWAN BAIK