My bestfriend

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Haii hari ini saya akan kongsikan sedikit mengenai sahabat baik saya. Nama sahabat baik saya Lailah binti Unus, orangnya tinggi sederhana, manis dan bertudung labuh.

Lailah kawan baik saya sejak sekolah rendah lagi sampai lah sekarang. Cuma bezanya kami tak satu universiti sekarang dia masuk UMS kampus Labuan dan saya pulak di UKM sungguh jauh terpisah ;(
Lailah baik orangnya, lembut je, sopan santun, hormat orang tua, sentiasa tersenyum dan suka menolong orang. Saya suka sangat berkawan dengan dia, rasa macam selamat je berkawan dengan dia, dahlah tinggi ilmu agama dia ajar saya banyak benda. Terima kasih Lailah..

keluarga dia memang keluarga warak yang mementingkan agama semuanya. Selalu jugak berkunjung ke rumahnya jika ada apa-apa perkara penting nak dibuat hehe. Alhamdulillah ibu bapa dia dan ibu bapa saya juga berkawan baik dan memang saling berkenalan antara satu sama lain sejak menetap di Kunak dahulu.

Kenal dengan Lailah masa sekolah rendah darjah 3 tak silap. Dia pelajar yang baru pindah masa tu, dan tiada kawan hahaha. Saya suka tengok dia sebab masa tu tak silap dia seorang je pelajar perempuan yang pakai tudung kat kelas kami comel je ( yang lain semua free hair tau termasuk saya shhhh).

kami berkenalan antara satu sama lain dan seterusnya jadillah kawan baik sampailah UPSR. Tapi kami diuji dengan perpisahan masa naik form 1, kami tak dapat sekolah sama dan kami terpaksa berpisah. Nak jugak pindah sekolah nak sama-sama dengan Lailah tapi mak malas nak urus perpindahan tu so terpaksa akurlah hmm ;(

masa form 4 Lailah makin jauh pindah ke Kota Kinabalu masuk sekolah agama, makin terpisahlah kami sedihh sangat. Sampai form 6 dia di Kota Kinabalu balik Semporna sekali sekala je masa raya je tak silap dan masa tu la kami melunas rindu. Dan kali ni untuk sekian kalinya kami terpisah lagi UKM dan UMSKAL hmmm memang sedih sangat ;(.. ingatkan masuk U nanti boleh dapat U sama rupanya tak. Terpaksa redha je la. Saya yakin ada hikmah disebaliknya. Walaupun dah jarang jumpa tapi tali persahbatan kami tak pernah putus masih kekal kuat seperti zaman sekolah rendh dulu hehe.
Terima kasih Lailah, sangat bersyukur dapat jumpa kawan macam kau ;)

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

KAWAN BAIK