Posts

Pengalaman Terindah

Assalamualaikum dan salam sejahtera Masih lagi dengan cerita raya saya, saya akan sambung pengalaman bermakna saya raya di perantauan bersama kawan dan keluarga dia. Hari ahad, raya kelima hari terakhir saya di rumah Shakinah sebab isnin dah start paper. Alhamdulillah selepas berkemas-kemas tengahari jam 12 pm kami gerak ke bandar Klang. Masa ni mak, dan adik-adik Kina ikut sekali nak hantar saya balik la katakan hehe. Nak hantar terus ke UKM tu memang jauh sangtlah tambah-tambah jalan raya sesak masa tu, jadi saya hanya mintak pak cik Sabri hantarkan saya ke stesen KTM Klang. Alhamdulillah pak cik Sabri tak keberatan malah dia turut rasa risau sebab takut saya balik sendiri ke UKM. Nasib baik saya pandai nak yakinkan mereka semua memang selamat balik dengan naik pengankutan awam ni. Orang pun ramai so memang takda apalah nak dirisaukan. Setiba je di stesen ktm Klang, saya terus topup kad ktm saya. Lepas tu saya salam mak kina, kina, dan adik-adik dia. Tak lupa juga ucap ...

Raya kat Klang

Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya akan sambung lagi untuk entri lepas mengenai cerita raya saya tahun ni. Sesudah sesi beraya untuk raya kedua tu, kami bergegas balik ke rumah mak Anjang dalam jam 11 malam macam tu sebab esok pagi dah kena sampai Klang untuk pulangkan van tu. Sedihlah jugak malam tu sebab dah kena tinggalkan mak anjang dan pak anjang tuan rumah yang sangat baik dan memuliakan tetamu mereka. Dalam sekitar jam 12.30 am kami dah memulakan perjalanan pulang ke Klang. Sebelum tu doa naik kenderaan, doa memohon keselamatan dibaca terlebih dahulu. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Tanjung Malim dulu untuk menghantar Aini ke UPSI. Rasa sangat sedih sebab dah berpisah padahal baru je berpuasa dan sambut raya bersama-sama hmm. Lepas hantar Aini kami meneruskan perjalanan sehinggalah ke Teluk Panglima Garang.   Kami tiba di rumah dalam jam 7 pagi, semua orang memang sangat letih masa tu, apa lagi kami qada’la tidur sebab badan letih sangat. Aini d...

Raya kedua di Lenggong

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Haii hari ini saya akan kongsikan pengalaman raya kedua saya di Lenggong, Perak seronok dapat melawat galeri arkeologi ni di hari raya hehehe Awal-awal pagi lagi kami semua dah bangun untuk bersiap-siap mandi, sebab pak cik Sabri cakap hari ini nak sambung beraya lagi ke rumah saudara mara yang lain, gila la punya ramai saudara mara kat kampung sehari beraya tak cukup lagi nak ziarah semua. Hari itu kami memang rushing sedikit sebab malam nanti nak balik Klang dah, nak pulang van tu pulak kepada pemiliknya sebab orang lain pulak nak sewa. Kami gerak jam 11 a.m awal sikit berbanding kelmarin tapi kami tak terus beraya tau, kami singgah ke muzium nama tempat tu galeri arkeologi lembah Lenggong. Best sangat tempat ni, memang betul-betul tempat bersejarah semua sejarah-sejarah dahulu zaman paleolitik, neolitik dan logam ada kat dalam ni. Sempatlah nak tangkap gambar dengan bahan-bahan tinggalan sejarah sebagai kenangan. Sangat ber...

Raya pertama di Lenggong

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera              seronok beraya kat kampung walaupun lari tema haha ;) Okay, hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya beraya di kampung kawan saya Shakinah. Alhamdulillah, raya pertama dalam jam 12 tengahari macam tu kami bersiap-siap dari rumah mak Anjang untuk menziarahi rumah saudara mara yang lain. Rumah pertama yang kami ziarahi saya tak pasti sangat yang pasti rumah tu rumah keluarga pak cik Sabri. Mereka layan kami dengan sungguh mesra pelbagai kuih muih dihidangkan malahan ketupat, lemang rendang juga ada. Pertama kali makan makanan melayu semasa raya ni, kat sabah kan takda lemang ketupat bagai ni yang adapun burasak   je hehe. Nikmat sangat makanan yang dihidangkan makan sambil bergelak ketawa, bergurau senda memang best haha. Rumah berganti rumah, masuk rumah kedua ketiga dan seterusnya sama juga hidangan utama tak lain tak bukan lemang, dan rendang. Raya pertama mereka ...

Last day kat UPSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan sambung lagi kisah percutian saya ke UPSI untuk berjumpa kawan kat sana dan ke rumah kawan kat Klang pulak untuk sambut raya. Hari isnin tu adalah hari kelima saya berada di UPSI dan petang tu saya dan aini akan gerak ke Klang ke rumah kawan kami, Shakinah. Kina ni kawan kat Sabah jugak kawan satu sekolah mak dia orang Sabah dan ayah dia orang Perak. Tapi dorang dah menetap kat sini. Kina dia baik, dia dah kerja dia sendiri yang tak nak sambung belajar, katanya ada rezeki nanti dia akan sambung jugak. Kina bila dia tau ja saya da Aini tak balik Sabah dan beraya kat kolej je tahun ni dia pelawa kami balik rumah dia beraya bersama-sama dengan keluarga dia. Mula-mula seganlah jugak tapi memandangkan dah memang rapat dengan dia mak ayah dia pun dah kenal dah, kat sabah dulu memang selalu jugak datang rumah dia so kami terima je pelawaan tu, excited jugak dapat beraya dengan dorang. Alhamdulillah petang isnin tu dalam jam ...

UPSI day 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan kongsikan pulak pengalaman yang saya tidak dapat lupakan semasa bulan Ramadan ni. Hari keempat saya berada kat UPSI, kawan saya Aini ni ajak jalan ke   KL dia kata dia nak beli baju raya lagipun dia tak pernah lagi pergi KL. Memandangkan saya jenis yang suka berjalan jugak dengan kawan-kawan kat UKM tu so memang tahu la dan biasa pergi ke KL tu naik public transport je. Lagipun niat nak ajak Aini ni jalan untuk ajar dia cara nak guna pengangkutan awam sebab dia ni jarang keluar dari UPSI selalu terperap kat bilik je, incase suatu hari nanti dia nak lawat saya kat UKM ke boleh lah dia naik public transport je mudah dan cepat lagi selamat hehe. Kami gerak lambat sikit dari UPSI sebab lambat bangun inilah kesannya sambung tidur semula lepas subuh. Plan nak gerak pagi tapi hmm terpaksa gerak jam 12 tengahari. Tunggu train bukan main lama pulak,   geram jugakla. Dalam train syukur Alhamdulillah lega sikit tapi tul...

UPSI day 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hai hari ini saya akan kongsikan lagi pengalaman hari ketiga saya berada kat UPSI Hari ketiga ni rasa sedih sikit sebab kawan saya ni dia nak balik johor tempat kakak dia, nak beraya kat sana. Tapi sebelum tu dia hantar saya ke rumah kawan lagi seorang kolej ungku omar jauh jugakla jalan kaki dari KAB ke KUO. Kawan yang seorang ni nak balik Johor dah train pulak awal pagi, start hari ketiga ni saya dah stay dengan kawan sorang lagi ni nama dia Aini. Aini baik orangnya tapi tak rapat sangat masa form 6 dulu, saya rapat dengan Haisah kawan yang tadi tu hehe tapi tula tak dapat nak beraya bersama dia kena balik Johor pulak. Kali ini saya akan cerita pulak pengalaman 2 hari tidur kat bilik Aini. Hari pertama tu Aini bawak saya pergi ke pasar malam kat pekan tanjung malim tu untuk membeli juadah berbuka puasa nanti. Kebetulan hari tu adalah hari sabtu, pasar malam tu hanya ada pada hari sabtu. Jam 5 begitu kami tunggu bas untuk ke kampus lam...