Posts

UPSI day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera Haii sebenarnya entri pasal upsi hari tu tak habis lagi tau hahah..saya nak sambung lagi harini boleh kan? Hari kedua kat UPSI kawan saya ajak saya jalan-jalan pergi melawat sekitar UPSI,   rasa gembira bukan kepalang excited wehh hahaha. Upsi ni sebenarnya ada dua kampus, kampus lama dan kampus baru. Yang kolej-kolej semua ni terletak kat kampus baru, kampus lama tu semua ada fakulti je, library dan bangunan pentadbiran. Kawan saya ni best gila, dia bawak saya pergi taman, belakang taman tu ada tasik pulak. Kami jadi kanak-kanak riang buat seketika melayan perasaan bermain buaian seperti taman tu kami yang punya hahhah. Lepas kat taman tu kami terus menaiki bas dari kampus baru ke kampus lama, kat sana kawan saya tunjuk macam-macam fakulti kat saya malah kami sempat juga melawat ke perpustakaan mereka iaitu perpustakaan Tuanku Bainun   . Library dia tak besar sangat jauh beza kalau dibandingkan dengan PTSL heheh. Tapi libr...

UPSI day 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera Hai semua, apa khabar?.. Hari ini saya akan kongsikan mengenai kisah lawatan saya ke UPSI. Entri yang lepas kalau tak silap saya ada bagi tips kan cara nak pergi Tanjung Malim, Perak menggunakan pengangkutan awam.   Okay sebenarnya, saya pergi UPSI pun atas dasar suka-suka je nak lawat kawan la katakana. Saya ada dua orang kawan yang belajar kat UPSI, disebabkan kuliah minggu ke 14 yang lalu habis awal pada hari khamis tu dan kolej pun dah start lengang maklumlah semua orang rushing nak balik kampong raya katakan so saya balik UPSI la petang tu nak jumpa kawan-kawan kat sana. Sorang-sorang kat bilik buat apa kan, nanti jad gila pulak haha..Oppsss lupa nak bagitau raya kalini saya tak balik Sabah tau, sedih sangat-sangat ini adalah pengalaman kali pertama beraya di perantauan ;(. Sebab tak balik tu mesti semua orang dah tahu kan? Yelaa tiket nak balik Sabah musim-musim raya ni bukan main lagi harga dia dekat 1k tau tak? Tu baru balik Saba...

Tanjung Malim

Assalamualaikum dan salam sejahtera hai hari ini saya akan kongsikan sedikit tips ataupun cara nak pergi Tanjung Malim Perak dengan menggunakan public transport. Kot-kot teringin nak lawat kawan ke saudara mara ke kat Upsi kan blelah guna cara ni. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pergi melawat kawan saya kat UPSI, Tanjung Malim. Okay, pertama sekali sebenarnya banyak cara tau kalau nak pergi Tanjung Malim ni samaada nak pergi KL Sentral dulu atau terus je naik MRT Kajang. Kalau macam saya, saya malas nak tunggu ktm nak pergi kl sentral agak membuang masa. Jadi saya ambik keputusan terus naik MRT Kajang. Dari ukm saya hanya naik bas MRT RM 1 tu hingga ke stesen MRT Kajang. Sampai je stesen MRT Kajang saya naik MRT terus sehinggalah ke stesen terakhir iaitu Sungai Buloh. Ingat tau jangan turun stesen mana-mana, turun kat Sungai Buloh je stesen paling last. Okay dah sampai Sg Buloh, awak akan jalan sikit ke depan lepastu akan nampak stesen KTM Sg Buloh. So kat san...

KAWAN BAIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera hari ini saya akan kongsikan kisah tiga orang kawan baik saya iaitu Marhainnie, Haisah dan Sazlina. okay, mereka bertiga ni sebenarnya  saya kenal masa sekolah menengah dulu. Marhainnie saya kenal sejak tingkatan 1 lagi, Haisah dan Sazlina pulak kenal masa tingkatan 4. Alhamdulillah hubungan kami berkekalan sampai masuk tingkatan 6 dan sehingga kini walaupun universiti berlainan. mereka ini adalah kawan yang sangat memahami, sentiasa ada di kala susah dan senang dan yang paling penting mereka ini jugaklah geng-geng study group saya. Bergaul dengan mereka memang seronok sebab mereka akan sebarkan semangat-semangat rajin itu kepada kawan-kawan yang malas macam saya ni haha. jadi kalau bersama mereka memang dilarang malaslah, mereka akan sentiasa ajak untuk study group berbincang bersama dan kadang sampai bermalam di rumah Marhainnie. Memang seronok sangat kalau diingat kembali, apatah lagi pada zaman form 6 memang banyak kenangan bersama mer...

My bestfriend

Assalamualaikum dan salam sejahtera Haii hari ini saya akan kongsikan sedikit mengenai sahabat baik saya. Nama sahabat baik saya Lailah binti Unus, orangnya tinggi sederhana, manis dan bertudung labuh. Lailah kawan baik saya sejak sekolah rendah lagi sampai lah sekarang. Cuma bezanya kami tak satu universiti sekarang dia masuk UMS kampus Labuan dan saya pulak di UKM sungguh jauh terpisah ;( Lailah baik orangnya, lembut je, sopan santun, hormat orang tua, sentiasa tersenyum dan suka menolong orang. Saya suka sangat berkawan dengan dia, rasa macam selamat je berkawan dengan dia, dahlah tinggi ilmu agama dia ajar saya banyak benda. Terima kasih Lailah.. keluarga dia memang keluarga warak yang mementingkan agama semuanya. Selalu jugak berkunjung ke rumahnya jika ada apa-apa perkara penting nak dibuat hehe. Alhamdulillah ibu bapa dia dan ibu bapa saya juga berkawan baik dan memang saling berkenalan antara satu sama lain sejak menetap di Kunak dahulu. Kenal dengan Lailah masa sekola...

SABAHAN GIRLS

Assalamualaikum dan salam sejahtera hari ini saya akan kongsikan sedikit cerita mengenai kawan-kawan saya yang juga senegeri dengan saya dan yang seronoknya satu kos dan satu kolej pulak. memang best gilalah, syukur alhamdulillah dapat kenal mereka semua ni. kawan-kawan yang saya maksudkan tu ialah Echa, Fitri dan Nana. Mereka semua ni sama macam saya berasal dari Sabah dan alhamdulillah berpeluang sambung belajar di UKM. Echa dan Fitri sebaya saya 21 tahun batch 98 lepasan STPM, Nana pulak dia muda setahun dari kami sebab dia pelajar matrik. Tapi usia tu tidak penting, yang penting sekali adalah keserasian kami, dan hubungan kami macam adik beradik hehe. eh lupa pulak nak cerita mereka ni berasal dari daerah mana, fitri dia berasal dari Papar, Echa pulak Tawau dan Nana dari Beaufort dan saya dari Semporna. Semua berasal dari negeri berbeza-beza tapi kami tetap di bawah negeri yang sama iaitu Sabah. rasa bersykur sangat dapat kenal mereka bertiga ni. mereka ni kawan-kawan yang ...

Roommate saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera okay hari ini saya akan kongsikan sedikit cerita mengenai roommate saya semasa first year ni. Alhamdulillah dapat masuk Kolej Ungku Omar, dapat bilik duble pulak dan dapat rommate yang baik hati syukur sangat. Rumet saya ni nama diberi Nurul Syiffa, cantik orangnya, putih melepak, berasal dari Pahang, baik orangnya tak sombong ambik kos Fizik. Dan satu lagi dia muda setahun dari saya batch 99 maklumlah kan budak matrik hehe.. sebenarnya sebelum masuk ukm lagi dah memang kenal dengan dia ni kenal kat group telegram masa orang semua tengah sibuk-sibuk cari rumet masing-masing haha. Masa tu kan dah tau dah no bilik so semua orang memang kalutlah cari rumet masing-masing hahaha. Kami terus je private chat bila dah tau dah kami ni sebilik, memang borak macam-macamlah masa tu macam kenal dah lama pulak. masa hari mendaftar masuk ukm tu, saya sampai dulu dari dia. Dia sampai tengahari macam tu bersama family dia. memang jeles jugakla tengok dia sat...