OhSempornaku part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya akan sambung cerita pasal Semporna part 2 heheh. Sebenarnya masyarakat Semporna berbilang bangsa dan agama. Suku kaum Bajau adalah kaum yang majoriti di Semporna. Selain Bajau suku kaum lain juga terdapat di Semporna seperti suku kaum Suluk, Bugis, Bisaya, Cina, India dan banyak lagi. Hari saya akan berkongsi mengenai budaya warga Semporna. Pertama sekali tarian tradisional, warga Semporna mempunyai tarian tradisional tersendiri yang dikenali sebagai tarian Igal-igal. Tarian ini merupakan tarian suku kaum bajau dan suluk dan amat popular dalam kalangan masyarakat Semporna khususnya apabila waktu keramaian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, serta majlis Regatta Lepa-lepa.

Seterusnya, di Semporna juga terdapat satu perayaan tradisi yang dikenali sebagai pesta Regatta Lepa yang akan disambut setiap tahun pada bulan April. Acara ini merupakan acara tahunan dan banyak pengisian aktiviti yang dijalankan semasa acara berlangsung dalam beberapa hari. aktiviti utama ialah melayarkan bot-bot kecil nelayan Semporna yang dihiasi dengan Sambulayang pelbagai warna di pesisir pantai. Pertunjukan ini adalah sangat menarik kerana masyarakat Semporna akan lebih mengetahui budaya dan warisan tradisi masyarakat Semporna. aktiviti-aktiviti lain seperti pertandingan Ratu Lepa, tarian igal-igal, nyanyian dan sebagainya turut dilaksnakan. Suasana pekan Semporna sepanjang pesta ini dijalankan sangat meriah. Kenderaan akan sesak dan banyak jalan ditutup menyebabkan penduduk kmpung yang ingin merasai kemeriahan sambutan regatta lepa di pekan akan memilih untuk berjalan kaki dari rumah masing-masing. Saya sendiri pernah merasai pengalaman tersebut heheh, memang seronoklah dapat berjalan kaki beramai-ramai bersama kawan dan keluarga pergi ke pekan Semporna hanya untuk merasai dan menikmati kehangtan sambutan regatta lepa yang dibuat setahun sekali.

bukan itu sahaja, sepanjang 3 hari pesta regatta ini berlangsung pekan semporna akan menjadi meriah dengan pelbagai booth-booth jualan dibuka. peniaga-peniaga dari daerah-daerah lain akan datang ke Semporna untuk berniaga. Pelbagai jenis barangan dijual seperti pakaian, aksesori, kasut dan pelbagai jenis makanan. Yang pastinya harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan dan tidak hairanlah sepanjang tiga hari itu suasana pekan Semporna amat sibuk dan sesak dengan kehadiran para pengunjung.

bagi pelajar kanak-kanak pula telah disediakan pengisian menarik kepada mereka di perpustakaan daerah Semporna dengan pelbagai aktiviti seperti petandingan mewarna, membaca, dan bercerita dan yang pastinya hadiah lumayan akan disediakan kepada mereka. Sejujurnya, saya berpendapat pesta regatta lepa ini adalah salah satu cara ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka berkunjung  ke perpustakaan.

Rasanya cukup sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Tradisional Semporna

Masjid Putra

KAWAN BAIK