Posts

Showing posts from May, 2019

Makanan Tradisional Semporna

Image
Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari saya akan kongsi mengenai makanan tradisional suku kaum suluk yang terdapat di Semporna. 1) Tiula itum (sup daging masak hitam) Ini gambar daging lembu masak hitam yang dikenali sebagai 'tiula itum' dalam kalangan orang Suluk. makanan ini sangat popular dan sering menjadi pilihan khususnya pada acara perkahwinan, kenduri kendara, serta lauk harian. Lauk ini sangat sedap dan menjadi kegemaran warga Semporna bukan sahaja orang Suluk. Dua bahan utama yang digunakan dalam memasak sup daging hitam ini ialah kelapa dan daging. kalau diperhatikan makanan ini berwarna hitam kerana kelapa yang digunakan akan dibakar dahulu sehingga menjadi hitam seterusnya akan ditumbuk hancur lalu disapu kepada daging. Rasanya sungguh sedap membuatkan anda tidak pernah rasa puas menghirup kuahnya. Tiba-tiba rindu pula masakan mak dan teringin nak balik kampung sekarang hmmm ;( 2) Putu dan Sianglag ini juga merupakan makanan legend ora...

OhSempornaku part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini saya akan sambung cerita pasal Semporna part 2 heheh. Sebenarnya masyarakat Semporna berbilang bangsa dan agama. Suku kaum Bajau adalah kaum yang majoriti di Semporna. Selain Bajau suku kaum lain juga terdapat di Semporna seperti suku kaum Suluk, Bugis, Bisaya, Cina, India dan banyak lagi. Hari saya akan berkongsi mengenai budaya warga Semporna. Pertama sekali tarian tradisional, warga Semporna mempunyai tarian tradisional tersendiri yang dikenali sebagai tarian Igal-igal. Tarian ini merupakan tarian suku kaum bajau dan suluk dan amat popular dalam kalangan masyarakat Semporna khususnya apabila waktu keramaian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, serta majlis Regatta Lepa-lepa. Seterusnya, di Semporna juga terdapat satu perayaan tradisi yang dikenali sebagai pesta Regatta Lepa yang akan disambut setiap tahun pada bulan April. Acara ini merupakan acara tahunan dan banyak pengisian aktiviti yang dijalankan semasa acara berlangsung dala...

OhSempornaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera Ini merupakan entri pertama saya. Sejujurnya tak pernah lagi buat blog ni sebab saya bukan blogger dan tak minat sangat menulis dan berkongsi. Tapi kali ini saya kena buat blog, kami semua sebagai pelajar kursus Apliksi Komputer EPPD1063 adalah diwajibkan untuk buat sebanyak 28 blog entri sebagai assignment untuk sem ini...banyak kan 28 entri :( *sobsob* Sebelum tu saya akan kenalkan diri saya hehe. Nama saya Sinaidah panggil Idah , berumur 21 tahun dan berasal dari Sabah negeri di bawah bayu. Sebut pasal Sabah tiba-tiba rindu pulak dah lama tak balik hmm sedih ;(  Saya anak jati Sabah, daerah Semporna. Cakap pasal Semporna mesti ramai yang tahu kan? daerah ini merupakan antara daerah yang sangat popular di Sabah kerana sering menjadi tumpuan para pelancong. Sebab apa? haa, saya nak cerita Semporna ni terkenal dengan keindahan alamnya, banyak pulau-pulau cantik macam Pulau Sipadan, Mabul, Mataking, Bohey Dulang dan banyak lagi. Keindahan alam ...